0 penyumbang pandangan

kek coklat best, hasil kerajinan!

As salam!

Kes nye jadi bila laki aqu kata "kalau sayang buat kek coklat, mesti syahmi suka". Wahhh laki aqu memang pandai buat ayat pancing suruh aqu rajin.hahahha Makanya disebabkan cair dengan ayat laki aqu yang mana dalam hati dah mula perasan bahawa laki aqu mesti nak kata aqu punya kek coklat sedap, maka semangat membara esoknya aqu buat. *nampak betapa perasannya seorang isteri bila suami ayat sikit.hahahah tolong jangan jadi macam aqu*

Macam biasa, aqu tak tau kenapa aqu nie kalau masak tak berapa nak ikut betul-betul sukatan, tak berapa nak betul-betul teliti buat maka hasilnya jadi.. memang biasa dah macam tu..banyak kali dah bila aqu sukat betul-betul sampai naik menyampah penimbang tu tengok aqu, mesti hasilnya kurang memuaskan.

Jadinya aqu ambik keputusan buat kek coklat nie ikut naluri aqu je.. dalam hati doa je la supaya sedap. Tak sampai 20 minit, siap sume adunan tinggai nak bakar je.. aqu ambik keputusan nak bakar je sebab senang sikit, tapi sebenarnya kek coklat lagi sedap kalau kukus sebab dia jadi moist luar dalam.. kalau bakar, dia moist dalam je, luar dia macam tak nampak la moist dia..

Lepas masuk oven, terus terlupa aqu kek tu.. sebaik la oven tu bila sampai timing dia berbunyi.. aqu rasa tu hikmah nya naluri aqu kuat katakan suh bakar je kek tu.. kalau aqu ambik keputusan nak kukus tadi, ayoyok la dapur aqu.hahahah

Hasil nya nie...


Serius sedap ok, sampai laki aqu kata "sedap, bila nak buat lagi".. padahal baru sesudu dia telan, setalam lagi baki.. nampak tak aura tamak tu.hahahah

Kalau korang nak kepuasan makan kek coklat nie, buat je sendiri.. memang senang je, and puas makan dari beli sepotong 5 inggit tu.. menangis nak kuar duit you..


ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
0 Comments

0 00 rajin nak comment: