0 penyumbang pandangan

merotan murid adakah relevan?

As salam!

Ya setiap orang mempunyai pandangan sendiri berkenaan isu ini kerana apa yang boleh aqu lihat, merotan atau tidak keduanya mempunyai kesan tersendiri.

Mungkin bagi sesetengah pihak lebih menyokong kaedah guru harus untuk merotan murid supaya mereka belajar dari kesilapan. Kerana jika dilihat cara didikan orang dahulu itu (membenarkan guru merotan anak mereka) lebih mendatangkan kebaikan. Ya aqu akui. Satu ketika dahulu juga aqu pernah melalui fasa yang sama di sekolah rendah di mana aqu pernah dirotan oleh guru di tapak tangan, memang lebam kebiruan la juga gara-gara satu kelas tidak ada seorang pun mendapat result dalam mata pelajaran sains yang memuaskan hati.. dan kesannya selepas itu setiap dari kami menamatkan sekolah dengan result yang cukup memuaskan.

Ya aqu dirotan bukan kerana perangai, tapi result... dan apa reaksi ibubapa aqu ketika itu? "memang patut kalau dah main-main belajar", itu yang aqu dapat bila cuba mengadu! Nampak, simpati yang nak diraih tapi menanah telinga yang aqu dapat.hahaha dah la tangan bengkak lebam, nak bengkok jari-jari pun sakit gile, makan masa 3hari untuk hilang..mana tidaknya, rotan buluh.. walaupun ayah aqu sindiri tidak pernah sekalipun memukul malah menjetik aqu, tetapi ayah sedikit pun tidak melatah dengan tindakan guru tersebut kerana mungkin bagi ayah itu cara guru itu mendidik supaya anak nya lebih berjaya. Dan kini aqu turut merasakan memang tepat tindakan cikgu itu kerana jika tidak kerananya mustahil aqu dapat memegang rekod "pelajar terbaik" dalam matapelajaran itu semasa aqu di sekolah menengah!

Lihat kesannya disitu. Namun masih relevan ke cara merotan tu sekarang? Bagi aqu ada baik dan buruknya. Kerana apa? kerana perbezaan zaman! Kita harus sedar bahawa perbezaan zaman membawa kesan yang berbeza pada pemikiran anak-anak.

Harus kita akui pemikiran kanak-kanak kini sedikit kedepan berbanding zaman kita dahulu, kanak-kanak kini lebih bijak! Jadi apabila pemikiran berbeza, maka cara didikan juga seharusnya perlu bersesuaian dengan keadaannya. "Memarahi untuk menasihati" adalah tindakan yang berbeza dengan "Merotan untuk menasihati". Memarahi untuk menasihati adalah pendekatan yang kita gunakan hanya dengan mulut dan tidak menyakitkan pelajar dan belum tentu mereka tidak akan mendengar, tetapi merotan untuk menasihati adalah keadaan dimana merotan untuk kebaikan mereka namun mereka turut terasa sakitnya.

Mudahnya kita berbalik pada didikan agama, yang mana wajar yang mana tidak dan bagaimana cara memukul.. kerana tidak semua hal dapat diselesaikan dengan memukul.

nota ikhlas : dan sesuatu yang begitu ketara perbezaan nya adalah " guru dahulu merotan kerana ingin mendidik, bukan merotan kerana marah..itu berbeza dengan kebanyakan guru kini di mana emosi lebih menguasai!

nota ingatan : kadang-kadang apabila kita bersuara mengatakan tindakan seorang guru itu juga ada salahnya, ramai yang akan melenting, "cikgu pulak salah, cikgu dah penat-penat ajar..kalau tak boleh terima jangan pegi sekolah",  namun harus kita sedar bahawa jangan kerana gelaran "guru" maka kita melihat mereka terlalu sempurna.. ya benar jasa mereka terlalu besar, sangat beaar namun mereka juga manusia yang tak lari dari kesilapan.
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
0 Comments

0 00 rajin nak comment: