0 penyumbang pandangan

nasi ayam homemade puas sungguh!

As salam!

Kalau dah nama nya isteri makanya kadang-kadang memang tahap kerajinan itu menjadi-jadi tanpa diundang.. dan memang satu kepuasan bila masakan kita dimakan oleh suami dan anak-anak, tak caya boleh pi tanya mana-mana isteri kat dunia nie, memang terasa sangat dihargai bila hidangan kita buat habis licin suami dengan anak-anak telan..so pada semua anak--anak, tolong faham...jangan pernah sekalipun korang cakap mak korang masak tak sedap or korang tak nak makan masakan dia, sebab memang kecik hati terasanya ye sebab sebenarnya tanpa kita sedar bila seseorang memasak setiap sentuhan mereka yang ikhlas tu la menjadikan hidangan itu lebih sedap berbanding orang lain.. dan sebab tu la setiap dari kita sentiasa cakap masakan mak korang paling sedap, sebab masakan tu penuh dengan kasih sayang mak korang.. dan sebab tu juga orang kata "bila nak masak jangan marah-marah, konfem tak sedap walaupun hakikatnya korang mengunakan bahan dan kuantiti yang sama"! Tak caya? ok boleh sila cuba.. abis tu kalau ayah yang masak, mak tak masak? tak kira la sapa yang masak, janji sapa yang masak dengan kasih sayang, masakan dia akan jadi paling sedap..alah kalau tak tau masak tak sedap jugak jadi.. ye ke?? ahhh no komen la panjang lebau aqu tulis tapi korang sedar tak aqu dah jauh menyimpang dari tajuk?? hurghh damn la! apesal aqu suka meleret jauh dari tajuk..

Tapi seriusly nasi ayam nie sangatttt sedap! jujur ok. Bukan nak puji diri membangga tapi memang sedap.. sungguh! jangan kang ade pulak si akal kontot dok kata me'riak'an diri la tu, baru nasi ayam.. huh orang macam tu makannya lontaran kulit durian je, payoh sangat.

Hasilnya... walau tak indah di mata, janji tekak tersangat bahagia menikmatinya.. nie namanya hidang dalam pinggan masing-masing je sebab dah tak sabar nak makan.hahaha kira ok la tu dapat juga gambar..


Kalau nak resepi aqu tepek sini, sudi tak sudi nak follow ikut hati masing-masing ok.. sebab mana tau korang memang pakar dah masak ni..

Bahan nasi :
- beras (ikut family korang berapa ramai)
- separuh bawang merah, 3 ulas bawang putih, sebesar ibu jari halia (ditumbuk hancur)
- bunga cengkih 3 ulas
- planta 1 sudu besar
- susu cair 2 sudu besar
- air rebusan ayam (rebus dulu sekejap ayam yang nak digoreng tu supaya lembut isi dia)
* campur semua bahan dalam periuk, air rebusan ayam tu sukat ikut beras.. kiranya macam nak masak nasi biasa, cumanya lebihkan suku cawan.

Bahan ayam :
- ayam yang direbus (ikut korang berapa banyak nak)
- sos tiram (2/3 sudu besar)
- 3ulas bawang putih, halia sebesar ibu jari (ditumbuk halus)
- madu (2/3 sudu besar)
- serbuk lada sedikit
*campur semua bahan, perap dalam 15-30minit. garam gula x yah sebab dah ganti dengan madu dengan sos tiram.

Bahan sos cili :
- cili merah (ikut korang nak pedas mana)
- bawang putih 3ulas
- sos cili 2 sudu
- gula sesudu kecil
- serbuk lada putih sedikit
- air ( ikut korang nak banyak mana)
* campur semua bahan, lepastu kisar sampai halus.. lepastu masak sikit (ini pilihan korang nak masak tak, sebab kalau korang dah pakai air masak tadi, apa guna korang masak lagi.. tak de istilah cili tak masak sebab kalau sambal belacan pun, korang tak de rebus cili tu dulu kan.. nie bukan cili kering ye.. kalau korang rasa agak cair kuah tu, tambahkan sos dan tepung jagung sikit.

Done. Selamat merajin kan diri isteri-isteri... ;)

notasyukur : rasa masa berlalu laju benor, senyap-senyap bising bising dah hampir 3 tahun aqu berumahtangga, kiraan anok pun nak sejajar usia perkahwinan.hola hola

notalagi : tak sangka panjang gila entry aqu dengan tajuk macam nie.hahahah terimas sudi bacooooo
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
0 Comments

0 00 rajin nak comment: