0 penyumbang pandangan

Taman rusa dan kancil kuala lumpur

As salam!

Woohaa sapa tak pernah tengok kancil? ha nie peluang korang untuk pi tengok dekat-dekat macam mana hansem nya si kancil.. mana tau korang boleh catat sejarah lebih hebat dari cerita sultan melaka dengan kancil tu..

Tempat dia kat kuala lumpur je, jadi sesapa yang tinggal Kuala lumpur nie maka jangan la anda menjadi manusia ketinggalan zaman dengan memberi pelbagai alasan kenapa korang tak pernah tengok kancil atau rusa.. dah terbentang peluang, maka pi la rembat..

Sebenarnya taman ni dah lama wujud, menurut laki aqu *sebab dia je yang rajin baca papan-papan tanda kat situ, nak harap aqu memang wasalam.hahah* taman nie dah ditubuhkan pada tahun 1987, hampir dekat berapa puluh tahun dah.. maka memang aqu rasa kesian kat diri sendiri sebab baru first time dapat pegi. *_*

Tempat taman nie adalah berdekatan masjid negara.. maklumat tambahan ialahnya berdekatan taman rusa dan kancil nie turut ada taman rama-rama, taman orkid, taman burung...

Bayaran masuk untuk taman rusa dan kancil nie adalah percuma je.. tak payah nak pemurah sangat, ha sapa kata lepas GST tak de barang percuma.. see nie buktinya -_-

Dan yang sangat aqu puas hati adalah tempat nie sangat bersih dan cantik! memang tiptop la dia punya kebersihan terjaga nya.. tak macam taman-taman awam lain penuh daun layu la hape la kan.. puas hati la jejalan family kat sini.. moh aqu saji sikit gambor tempat..








Ha pe macam cantik kan kan kan.. jap aqu tau korang konfua dengan gambar-gambar nie, jadi moh aqu terang satu-satu..

Memang nie taman rusa dan kancil, tapi jangan pelik ye sebab aqu sendiri pun konfus dengan kewujudan air terjun kat situ.. mungkin sebab dia nak wujudkan suasana semula jadi la kot... ye la rusa dengan kancil kan habitat kat hutan kan, jadi deco macam kat hutan sikit la baru real.. cuma nie katagori hutan bersih..

Keduanya, yang part ayam tu.. yang tu aqu tak dapat nak jawab, aqu pun tak tau kenapa ayam-ayam tu sesat kat kawasan taman rusa dan kancil nie, nak kata keturunan rusa macam pelik la pulak..tapi yang pastinya pelbagai jenis ayam turut di pamerkan kat sini..

Dan yang ketiga, mana rusa dan kancil nya?? Ha tu la masalah aqu, hahahha pegi taman rusa dan kancil, tapi sekor gambar rusa dengan kancil pun aqu tak hambik.hahahha maaf la dengan ke serongan kepala aqu nie, aqu telupa mungkin sebab semagat sangat nak tengok rusa....

Tapi betul kan cantik?? kalau korang nak ambik gambar kawen pun, sesuai kot.. orang pun tak ramai sesak sangat, tempat pun bersih cantik terjaga, nyamuk pun tak de la macam habitat dia kat situ takat sekor dua tu biasa la.. pastu ada titi tinggi kat situ bersambung-sambung, aqu lupa nak ambik jugak.. tapi memang serius cantik..

K.tata, aqu saran kan korang pegiiii!

nota rehat : pointer student nie sama macam cuaca, kadang panas kadang hujan kadang mendung...yang pasti bersyukur lah sebab tu semua pemberiannya... cuma yang membezakan, pointer boleh di ubah kalau berusaha, tapi cuaca adalah ketetapannya yang di luar kuasa manusia.
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
0 Comments

0 00 rajin nak comment: