0 penyumbang pandangan

"ajaib" yang aku akui!

As salam!

Syukur dengan tiap rezeki yang datang.

Recall balik beberapa hari lepas. Ceritanya aqu ajak si suami pi kedai juai jam yang aqu dapat tu, market harga jam tu dekat Rm1000 lebih..tapi dukacita sangat bila orang kedai tu kata dia nak beli Rm250 je.. aqu pikir-pikir, ooooh mak tak kan harga tu kot, walaupun aqu tak suka simpan jam tapi kalau dah harga tu ang tawar memang tawar hati gua ler...ang berbisnes dan aqu juga orang bisnes jadi aqu jufa tahu selok belok bisnes.. kita nie meniaga jangan sampai aniaya orang, tak berkat nanti.. so aqu pun buat keputusan tak jadi la juai tak pe.. aqu kuar kedai tu dengan senyuman dan redha.

Tetiba ada sorang bro nie tegur, "em nak jual ke? harga berapa nak jual?". Bincang punya bincang, tak sampai 10 min pun dia dah setuju nak beli dengan harga kami tawarkan. Yup, rezeki tu tak kan ke mana..

ok belum habis cite ye.

Sebenarnya aqu nak juai 2 utas jam *perhhh utas ok perkataan aqu guna*, bro tadi beli satu je.. yang lebih awesome bila bro tu tetiba nak bagi stroller free untuk anak aqu... walaupun kat umah memang dah ada stroller, tapi bro tu bagi tanpa bagi peluang untuk aqu tolak..jadi memang syukur! Bayangkan, berlipat ganda adu dapat bila sesuatu tu kita berurusan secara ikhlas dan redha!

So, kat aqu ada seutas lagi jam. Kami pun pergi la ke kereta... sampai je kat kereta, entah dari mana datang kelibat lelaki agak tua minta kat kami RM9 ingit tak silap aqu, kata nya nak buat tambang. Aqu pandang muka laki aqu.. bukan aqu kedekut, cuma aqu dah terkena dekat bape kali kes nie.. bila dia mintak kat aqu, pastu tak jauh tu dia mintak kat orang lain pulak.. memang kayo la camtu kan. Tapi laki aqu cakap kat aqu, " bagi la pakcik tu, dia nak buat tambang..kalau dia tipu pun kita tak rugi pape..duit nie pun dari bro tadi tu". Hati aqu tergerak akui apa laki aqu cakap.. aqu panggil balik pakcik tu, minta maaf pada dia dan ucapkan selamat hari raya. *tetiba teringat iklan hari raya kat tv, macam serupa.hahahha*. Syukur aqu dapat suami yang sentiasa ada menjadi penasihat terbaik..

Tapi, tak sampai pun 20 saat aqu masuk kereta, tetiba isteri pada bro yang beli jam tadi datang ketuk cermin keta kami.. "erkk nak beli juga lah jam lagi satu tu". Dia terus bagi duit, tanpa tengok pun keadaan jam tu ok ke tidak ke. Percaya sungguh dia kat aqu, syukur memang sangat syukur kerana Allah buka kepercayaan dari hambanya itu untuk diri ni... luas rezeki Allah buka untuk aqu hari tu.

Tiba-tiba suami cakap "mana pakcik tadi, dah hilang terus". Aqu tercari-cari juga mana pakcik tu..padahal jalan kat situ lurua je.. tak kan jelmaan malaikat nak menguji rezeki yang Allah turunkan untuk kami? siapa tau kan..tapi mungkin juga pakcik tu saja-saja acah-acah nyorok tepi keta-keta kat situ kan..mana lah tau kan, tapi aqu saja jawab kat laki aqu "tah-tah pakcik tu dok rehat kat tepi jalan tu la"..padahal mata aqu melilau cari kelibat pakcik tu, memang tak nampak langsung! Sekali suami bersuara lagi, "tengok, kita bagi pakcik tu sikit je..tapi Allah pulangkan berganda-ganda lagi". Yup setuju!

Betul tu, sedekah tu menyucikan harta yang kita ada, dan ia juga jalan untuk mengandakan harta.. itu hakikat, tinggal kita nak yakin atau tak je.. :)

nota hai hai : ahli baru ohhh ahli baru ;)



ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
0 Comments

0 00 rajin nak comment: