0 penyumbang pandangan

perang rakyat dan kerajaan, bila kesudahan?

As salam.

Fuhhh tiap hari ada je kenyataan menteri / wakil kerajaan yang akan membuatkan rakyat makin mengeluh.. sampaikan ada yang kata "macam manalah diaorang ni boleh jadi menteri" dan lebih teruk lagi ada yang kata "nak jadi menteri sekarang senang je, tak payah kelulusan tinggi asal jadi pengampu hebat cukup".

Semakin kusut rasanya apa yang sedang berlaku di malaysia, walau hakikatnya nampak aman tapi terselindung di sebaliknya ada "perang dingin" antara rakyat dan kerajaan. Kerana apa? kerana raykat hanya mampu bersuara di laman-laman sosial, kalau Dr.Mahathir pun dipertikaikan pandangannya ini pula rakyat yang sekadar mampu meluahkan kata-kata di laman-laman sosial.

Apa yang dapat di lihat kini, walau sepatah status yang di update si "orang" kerajaan, hampir 90% dari comment memaki nya.. begitukah hubungan baik antara rakyat dan kerajaan? Ya rakyat hanya tahu bising bila menaik kan harga minyak, menaik kan harga itu dan ini..tapi bila di beri BR1M ada rakyat memuji? Memang tiada, kerana rakyat mampu berfikir bahawa rm900 yang diberi rm9000 dikaut kembali.

Bukan kerana masalah tidak bersyukur. Apa adakah kita melontarkan pandangan mengapa harga minyak selalu naik itu tidak bersyukur namanya? Apakah jika kita merasai tol terlalu tinggi itu tidak bersyukur? Jangan jadi bodoh tak bertempat, jangan gunakan modal "syukur" itu sebagai alasan supaya rakyat perlu menerima setiap apa yang dibebankan. Kerana jika ingin dilihat tentang bersyukur, apa sekalipun yang berlaku di atas dunia ini kita perlu bersyukur sebab masih boleh bernafas! Jadi adakah wajar diberi alasan jika dinaikan harga minyak rm10/liter rakyat patutnya perlu belajar bersyukur juga kerana walaupun harga minyak naik setinggi itu, korang masih boleh bernafas? begitu?

Rakyat, bangkit! Jangan biar kita dibeli dengan duit yang nikmatnya sementara..fikirkan... tak faham? Percaya atau tidak, pilihan raya nanti pasti banyak duit yang akan ditaburkan..


ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
0 Comments

0 00 rajin nak comment: