0 penyumbang pandangan

"siapa nak jaga awak"

As salam!

Pagi semalam sebelum subuh lagi aqu dikejutkan dengan berita pakcik sedara meninggal, innalillah... tapi untungnya dia meninggal bulan Ramadan!

Betul lah bahawa, bila kita pergi ziarah orang meninggal, sebenarnya salah satu kebaikannya adalah untuk memberi keinsafan pada mereka yang masih hidup.

Berbalik pada cerita aqu tadi, maka aqu angkut la anak dengan laki aqu sume pergi menziarahi ke rumah pak sedara aqu tu.. mujur juga tak jauh, sebelum subuh kami dah sampai.

Yup bila melihat sekujur tubuh yang dah di kapan kan, teringat aqu pada seseorang... yup, seseorang yang telah pergi yang mana saat pemergiannya menunjukan betapa aqu rapuh tanpa dia di sisi! *Ana sayang ayah!*

"nanti saya mati, siapa nak jaga awak". Sepintas lalu ayat tu lalu ditelinga aqu. Kata-kata arwah pakcik aqu pada makcik aqu sebelum dia pergi. Allah! Ayat macam tu lagi... utuhnya kasih mereka.

Seingat aqu, sekali lagi aqu pernah tahu ayat itu adalah dari arwah Nik Aziz untuk isterinya. Cerita isterinya, Nik aziz pernah cakap ayat sebegitu sebelum ajal. Sungguh, terkesannya aqu mendengar ayat tu.. kagum dengan kasih sayang mereka. Betapa mereka saling sayang menyayang..

#tagsayadalamhatiawak

love you sayang,
your wife.
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

Comments
0 Comments

0 00 rajin nak comment: