0 penyumbang pandangan

perkahwinan = mengurangkan rasa "berdikari"

Adakah aqu mengatakan bahawa perkawinan itu mendatangkan keburukan? Oh tak, jangan terlampau mudah cepat menyimpulkan sesuatu.

Ok ini bagi pandangan aqu, memang perkahwinan akan menjadikan seseorang itu menjadi kurang berdikari...dan bagi aqu juga ia sesuatu yang menyempurnakan hidup, membahagiakan dan romantik! Yes!

Kenapa? Senangnya aqu terangkan dengan contoh situasi begini ;

" Weh sok aqu nak gi shopping, ko nak ikut".
"laki ko tak ikut ke?"
"tak, laki aqu dia malas nak keluar...lagipun dia bukan suka teman aqu shopping"
"ha ok la"

Esoknya...

"Weh bila ko nak gi expo tu?"
"esok la..."
"ko gi dengan laki ko ke?"
" tak la...aqu boleh gi sendiri je,laki aqu kuar dengan member dia..lagi pun sebelum aqu kawen pun sume aqu buat sendiri pun"
" ohhhhhh k"

------------------------------

Ok la, terpulang pada cara hidup masing-masing cumanya...kalau dah semua benda buleh buat sendiri, semuanya boleh handle sendiri jadi apa bezanya berkahwin atau tak? Memang la kita nie tak perlu sangat bergantung dengan laki kita, benda kita boleh handle kita handle..tapinya bukankah kita berkahwin dengan tujuan saling melengkapi? Bukan kah nabi kita sendiri mengajar romantik dalam berumahtangga?? Jadi apa salah nya sesuatu yang memang hakikatnya kita boleh buat sendiri, tapi segaja kita manja-manjakan diri untuk "buat-buat tak mampu".. bukan untuk menyusahkan, cuma untuk menjadikan rumahtangga agar nampak saling memerlukan bak kata mudahnya manja berpada-pada..

Tapi aqu tahu, mungkin ramai yang akan mempersoalkan entry aqu ni... ada yang akan kata "menyusahkan laki aqu je nak buat camtu, merepek!". -_-

Relax kiah oi, kan aqu kata tadi manja berpada-pada... payah ke nak paham??? Atau dengan maksud tersirat lain, suami tak romantik tu... tak caya try minta tolong laki korang basuh pinggan..apa kena mengena? Ye la, basuh pinggan tu kan boleh buat sendiri juga, kenapa nak minta tolong kat laki???

Dan selepas habis dia basuh pinggan tu korang rasa apa?? Rasa macam eleh eleh eleh laki aqu tolong basuh pinggan laaaaa comel sangat *laki basuh pinggan comel ke??? arghhh tolong.hahahah* Walaupun agak kecil pekara tu, tapi teraaa tak ada tercalit sedikit rasa berbunga dalam hati??? ha apa lagi, kalau dah berbunga dalam hati bagi la dia kembang sampai setaman baru harum semerbak dia sentiasa dapat dihidu....tu pun nak kena ajo ;p

*kalau korang buat-buat manja, pastu laki korang kata "alah buat la sendiri...", maka redha je laaaaa.hihi


ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

status awesome!

 h
ahaha status yang mampu buat aqu mengilai ketawa...hahahah
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

kisah kelahiran anak kedua

Disebab proses kelahiran anak sulung aqu agak menarik hati pembaca, diaorang dok mintak cite pulak proses kelahiran anak kedua..

Proses kelahiran memang sesuatu yang indah buat para ibu, kadang-kadang boleh jadi kisah lawak gara-gara nak menahan sakit tu sampai doktor nurse semua terpaksa memujuk kita.hahahha

Alhamdulillah, kelahiran anak kedua lebih dipermudahkan..entah la, aqu sebenarnya tak dapat nak komen bila orang kata nak besalin tu gile teruk pengalaman, sebab syukur sangat kedua-dua anak aqu memang Allah permudahkan.. dan memang aqu rasa sangat dipermudahkan walaupun memang waktu menunggu nak bersalin tu punya la lama tapi kesakitan yang aqu alami tak lama..

Setengah orang bila bukaan nak bersalin dah mula terbuka 2 cm pun dah rasa sakit..tapi aqu, 4cm pun still boleh merayap sana sini.hihi

Memang kawan-kawan aqu kata "gile ko suana..perangai tak berubah, memang kalau tak buat keje gila bukan suana la nama nya"... haaa tau ngape kawan aqu cakap cmtu.. ha nie kisah nya..

Malam tu, punya semangat aqu ajak suami pegi shopping... bukan nak shopping sangat pun, saja nak berjalan renggangkan otot yang dah macam besi buruk dok tersadai je... hampir dua jam jugak kitaorang berpusing satu mall tu anak beranak, tapi sebenarnya masa tengah merayap tu perut aqu terasa sakit..tapi sakit hilang-hilang maksudnya jap ada jap tak la...jadi aqu ingatkan sakit biasa, aqu abaikan la...buat macam diri tengah sibuk nak cari baju raya tak yah pandang kiri kanan dah.hihi

Sampai je rumah, sakit tu still kejap datang kejap hilang... tapi aqu tahan je, sebab tak la sakit sangat pun..sakit biasa-biasa je.. aqu pun melangkah nak ambik wuduk, pastu nak solat.. tetiba kuar jernih, dalam hati aqu "haa sudah nak beranak ke"..

Aqu pun cakap kat hubby " sayang, macam nak beranak je", ok kali nie husband aqu da boleh cool sikit bandingkan anak pertama yang dia meloncat macam nak gugur jantung aqu terkejut.. dia pun kata " keluar air ke", "aah"...

Dia pun nak pi hospital, tapi mengenangkan anak sulung tu aqu kena betapa punya lama kat hospital aqu ambik keputusan nak buat relax-relax dulu konon-konon tak de benda jadi.hahhahaha siap aqu cite kat laki aqu yang sebenarnya sakit masa dari keluar shopping tu tadi.." laki aqu punya membebel tak ingat bumi, sampai ke pluto dia punya panjang bebel...

Aqu pun buat-buat relax...buat-buat nak tido, siap kunci jam cakap kat laki aqu " kang pukul 3pagi kejut kita ye, kita gi hospital 3 pagi la".. ha ko penah jumpa manusia cam aqu, aqu yang set timming nak bersalin.hahahha aqu mak, dia anak..jadi dia nak kuar kena ikut cakap mak bila boleh keluar..lalalla

Untung la anak aqu walaupun still dalam perut tapi sangat patuh pada arahan.hihi Pukul 3 camtu baru la dengan hati berirama lallalalal aqu dan husband berangkat ke hospital... dalam hati aqu, macam biasa dua insan yang aqu nak call..sama macam anak pertama aqu dulu.. siap aqu telipon pak mertua aqu, aqu pun nak call insan sorang lagi ni.. tapi tah kenapa aqu terasa macam "tak ganggu dia ke, sok dia keje.." terasa macam berbelah bahagi nak call, bukan sebab ada apa-apa yang berlaku, cuma aqu terasa makin hari makin jauh dengan dia mungkin sebab jarak dan masa.. sampai aqu terpikir dia ada terasa ke dengan aqu..entah, doa yang terbaik sentiasa mengiringi dia. *selamat pengantin baru.. semoga kita sama-sama jadi isteri solehah :)...passstttt lari topik da*

So sampai di hospital, macam biasa register.. masuk la dalam tukar baju hospital than sementara tunggu nama doktor nak check tekanan darah semua, aqu pi satu port baik punya sambung tidooooo... tiba-tiba sayup-sayup aqu dengar doktor panggil " puan suhana...puan suhana.." dengan peyut yang berkilo tu aqu terhegeh-hegeh la berkejar ke doktor..

Lepas habis check tekanan darah, jantung baby sume..aqu sambung tido lagi..hahah memang keje tido  memanjang aqu kat hospital tu... suami aqu macam biasa, peneman setia di sana.. lepas subuh ru, aqu still boleh merayau tawaf hospital lagi..cuma beza nya dulu orang-orang nak bersalin kat situ agak mesra, nie masing-masing macam ayam berak keras je muka.. aqu perhati sesorang, semua dok layan feeling sakit tu.hihi

Start pukul 9 baru rasa sakit kuat sikit... aqu cari port dalam bilik, baring... jap mengereng kanan jap kiri, dah macam kawad guna badan atas katil.. tak sampai pukul 11 doktor tolak aqu masuk bilik bersalin, fuhhh memang syok bilik bersalin dia 5 star aqu bagi dengan keselesaan dan kualitinya..

Soalan biasa, "puan, nak saya panggil suami?", di sebab aqu tau kalau aqu jawab tak payah pun, dia akan panggil jugak.. jadi aqu jawab la "boleh jugak doktor kalau tak menyusahkan".hahahha ayat tak boleh blah kan kan kan...

Tak sampai 5 minit nak tunggu laki aqu masuk bilik bersalin, dengan si doktor tak prepare mengadap anak aqu lagi...anak aqu dengan semangatnya keluar sendiri dengan jaya nya...tak sabor-sabor dia nak tengok dunia, lambat benor tunggu ayah dengan doktor, dia keluar sendiri jeee.hahahha Hubby aqu bukak je pintu dia kata " aik da keluar.."...hahahha

Fuhhh memang syok pengalaman bersalin, yang lebih buat aqu tersenyum adalah tanda-tanda aqu nak bersalin tu selalu datang time aqu nak solat... mungkin sekadar kebetulan, namun aqu harapkan anak-anak ku menjadi seorang ahli syurga walau tidak di kenali di dunia, biarlah akhirat sana lebih keindahannya :)

Part paling feeling bila laki aqu cium dahi kata "terima kasih sayang love you"..  perhhh rasa macam terbang melayang-layang feeling tu, rasa macam aqu dah berjasa dengan buat benda paling berharga dalam hidup dia..tapi memang pun kan kan kan.hehehe *we oll romantic tawwww... senyum la senget-senget muka tu tanpa menunjukan aqu sangat tengah gedik.hahahahah*


ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

keindahan susu ibu :)

Patut la di gelar "titisan emas"...  alhamdulillah :) 


ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

antara cicakman dan spiderman

Aqu bukan antara pengemar filem-filem berunsur seperti superhero ni contohnya cicakman, spiderman, even ironman sekalipun aqu tak minat...lagi pulak transfomer, lagi la kelaut... aqu lebih suka kan filem atau cerita yang lebih realiti, walaupun kadang-kala cerita tu lebih mengarut sebab tak logik akal namun cerita-cerita seperti superhero nie lagi tak logik dek akal aqu. Tapi aqu tak katakan salah untuk tengok atau minat... itu sekadar cerita, bukan isu yang besar... dan bagi pendapat aqu, cerita sebegitu belum terlalu mempengaruhi pemikiran manusia kecuali ibu bapa yang terlalu membiarkan anak mereka lalai dengan watak-watak sebegitu.. *hal ini ibubapa perlu memandang serius kerana jangan sampai mereka tidak tahu siapa superhero sebenar dalam agama*

Berbalik pada isu cicakman dan spiderman. Tidak kah kita terfikir tentang ini...



Yup mungkin sekadar kebetulan... dan teringat jugak tak kisah Nabi kita yang bersembunyi di sebuah gua dan cicak juga spider terlibat disebalik kisah itu juga di mana spider yang telah menyelamatkan nabi dengan sarangnya dan cicak membongkar penyembuyian Nabi dengan suara nya??

 Entah la...kadang-kadang walaupun sekadar filem namun filem itu terhasilnya dari idea manusia, jadi setiap hasil dari filem tersebut sedikit sebanyak melambangkan pemikiran manusia...

Menonton atau tidak bukan isunya, kerana cicak bukan nya binatang yang haram untuk di tonton kan...cuma untuk mengangkat cicak sebagai superhero itu agak janggal~











ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

wakil nota untuk para suami

hakhakhak raso nak gelak guling-guling baco nota nie... tapi bila pikir- pikir kan macam ade jugak betul nya..hihihi

agak-agak garu kepala tak laki aqu kalau aqu tulis nie tuk dia...ke dia buat macam dapat surat cinta, boleh bantai senyum senyum buat muka tomel dia -..- masalahnya comel ke.hahahahah 

* aqu ciplak facebook punyo 


ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

satu perkara lagi

untuk pengunjung setia blog i, untuk tidak membuang masa korang yang berharga tu maka i dengan ampun maaf nya memberitahu yang entry kali nie untuk seseorang juga dan ianya panjang lebau, jadi kalau korang tak nak buang masa boleh skip this entry..lain kali i tulis2 khas tuk you all pulak ya.

*pada entry lepas ada yang tanya, kenapa i tak direct link je apa yang i tulis terus ke siapa yang i maksudkan, kerana i menulis untuk penjelasan bukan untuk memalukan. Kenapa i tak terus je anta wasup, mesej atau call kan lagi senang... kerana i tak ada number dia. Fuhhh dah ber"i" bagai ha, terjebak dengan miss omel omel kesayangan hamba la ni.

Kurangkan sikap terlalu suka mentafsirkan sesuatu dengan hanya melihat apa yang anda nampak. Kena tahu yang mata kadang kala menipu, kerana dia tidak boleh mendengar.. dan telinga juga kadang penipu kerana dia tidak melihat, naluri juga kadang terpesong kerana terpengaruh nafsu. Hal ini besar, tapi agak malas aqu bangkitkan kerana melibatkan orang tua..jadi jangan terlalu bijak hanya mempersoalkan itu dan ini mengatakan itu dan ini tanpa tahu hujung pangkalnya. Jangan terlalu hebat mengata orang penipu sedangkan ada yang terlalu bijak memungkiri janji. Jangan terlalu senang mengata orang itu dan ini sedangkan anda terlalu daif tentang apa yang berlaku. Jangan terlalu bijak membaca hati manusia sedang tuan nya sendiri tertanya-tanya, jangan terlalu bijak menunjukan anda tahu setiap apa yang berlaku kerana anda hanya menjadi pendengar dan terus mendengar kemudian menulis apa yang anda rasa betul... tanpa berusaha bersuara bertanya apa hakikat sebenar terjadi. Ambil ibu awak, duduk semeja dan tanya dengan sebenar benar sedalam dalam secerah cerah setiap butir setiap gerak apa yang dah terjadi sebenarnya tanpa tertinggal sepatah perkataan pun yang dia ucapkan, yang mereka bincangkan..tanya apakah janji yang dia telah mungkiri.. tanya apa yang dia buat tanpa meminta persetujuan.. dan jumpa dengan setiap dari mereka yang terlibat dalam hal ini, sila berani untuk itu! Tanya dengan jelas supaya kebenaran itu jelas, bukan mengambil langkah suruh mengelak apabila bertemu, menyepikan diri apabila dipanggil..  Jangan hanya berani bersuara melepaskan emosi dalam blog menulis panjang lebar menyalahkan orang lain tapi kesudahannya tiada apa penjelasan yang anda dapat! Dan benda yang harus anda tahu, en.biskut tak pernah bersuara tentang anda tapi aqu mengunakan teknologi, mata, telinga, mulut, kesabaran, dan setiap anugerah ilmu plus ukhwah yang aqu ada untuk memahami segalanya setiap apa yang berlaku... bukan hanya membabi buta melontarkan kata.

Aqu dah cuba untuk simpan, dah cuba untuk tidak melibatkan mereka yang lebih aqu hormat..tapi anda sendiri yang meminta semua itu. Fahami dulu apa sebenar terjadi baru boleh lontarkan setiap tafsiran.. jangan hanya nampak bijak alim berkata melibatkan dosa pahala melibatkan hukum karma melibatkan balasan-Nya kerana ibarat meludah kelangit terjatuh di muka sendiri.

Satu lagi yang anda perlu belajar adalah setiap yang berlaku itu adalah ketetapan Nya, kita sebagai manusia jangan terlalu bijak menjadi hakim dunia dengan mengatakan itu adalah karma.. ya anda boleh berdoa untuk setiap apa yang anda ingin ia berlaku namun makbul atau tidak doa itu, bukan di tangan kita sebagai manusia. Dan setiap yang berlaku itu ya mungkin kerana dosa yang pernah di lakukan tapi mungkin juga kerana Allah ingin mengangkat darjatnya. Jangan terlepas pandang semua tu. Jadi jangan berkata seolah seorang peramal masa depan, seolah anda aturkan segalanya.

Buah kelapa kalau mahu diketahui isi dalamnya perlu di kupas, bukan hanya diramal..kerana belum tentu ketepatannya.

Minta maaf untuk kekerasan entry ini bersuara, kerana aqu perlu bersuara membetulkan sesuatu yang anda terlepas pandang untuk lakukan dan anda yang meminta!


ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

mutiara kata suana =3=

"Dalam memanah perlu pastikan sasaran tepat, supaya tak bercabang panahan, walaupun tersasar sedikit untuk mengena tetap gagal jawapannya"


ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

penerangan untuk pencerahan secerahnya


"what you give you get back", bagi aqu ayat ni agak kurang pratikal untuk di guna pakai.. atau mungkin kerana pemahaman korang yang agak tak membuka otak, atau memahami sesuatu mengikut emosi. Kenapa? kerana makna sebenar ayat itu adalah untuk setiap manusia yang sering melakukan kekhilafan agar mereka sedar setiap dosa yang mereka lakukan akan mendapat balasan di akhirat kelak... tapi permasalahnya ada pulak manusia memahaminya mengikut emosi, apa yang difahamnya adalah "tak pe kau buat salah kat aqu, esok lusa jadi balik kat kau". Erkk sebenarnya agak kelakar untuk pemahaman macam tu.. sebab bila pemahaman korang macam itu, bermaknanya kesilapan yang sama pernah mak pak korang lakukan dan sebab tu iya terjadi balik pada korang.. betul kan? Jadi salah mak pak korang la semua itu terjadi...tak macam tu??? jadi cukup-cukup la pemahaman macam tu dan berhenti la bersikap buruk dengan mendoakan yang buruk terhadap orang lain supaya orang lain suka mendokan kebaikan terhadap anda :)

Agak serius apabila sesuatu yang ditulis orang lain, tapi kita merasakan kepanasan. Boleh bersikap sedemikian, namun jangan terlalu membabi buta bak kata masyarakat kita *babi maafkan aqu, kerana manusia engkau pula yang dikata buta*, kerana apa yang berlaku pada kita tu tak semestinya tidak berlaku pada orang lain... jadi apa yang orang lain tulis, jangan terlalu cepat meletakan tulisan tersebut untuk anda, please sometime kita mesti berlagak cool dengan tak terlalu perasan bahawa orang lain asyik nak bercerita pasal kita. Dan disebabkan tajuk entry aqu kata pencerahan secerahnya, maka izin kan aqu terang bagi jelas agar bersinar-sinar kejelasan tu.. ya aqu tahu tentang cerita anda dan cikgunya itu dan untuk pengetahuan anda juga terdapat 4 5 orang siap admire dengan cikgunya tu, dan kesemua cerita itu memang diketahui oleh aqu dan keluaga mertua. tambah lagi izin kan aqu kata bahawa kat sekolah den dulu pun ado kes macam tu plus siap couple lagi, dan pencerahan yang lagi cerah ialah saya maksudkan untuk budak yang siap bagi surat tulis nak jumpa belakang sekolah bawah pokok tu tapi dia tak datang punnn..siap laki i bawa balik surat tu bagi mak mertua i baco surat budak tu...adakah budak itu awak??? kalau ya, ok saya tulis pasal awak, saya mengaku.. tapi isu sebenar masa itu adalah pasal kes yang masuk suat kabar ketika itu dan cerita budak tu sebagai selingan. 

di mana saya bercerita tentang anda???
arghhh anda mungkin terlalu bawah tempurung kerana tidak membaca akbar dan isu terkini...


Prinsip "sekecik atau besar mana usia seseorang, akan aqu hormat dia kalau dia tahu hormat orang dan sebaliknya" memang prinsip yang salah, tapi logik dibuat bila sabar dah tahap penghujung. Agak kasar apabila seseorang yang dah berkahwin tapi ang dok ungkit cerita-cerita tentang "ke-best-san" yang pernah  dilalui satu ketika dulu adalah kuang ajo, walaupun ianya hak anda kenangan anda tapi faham sikit ianya melibatkan orang lain bukannya melibatkan tenuk, kodok atau tenggiling mungkin tak kan kisah kalau korang bercerita tentang mereka. Ianya sikap memang tak menghormati perasaan orang ye. Adakah anda suka dilakukan macam tu? Adakah ianya seperti satu pengiktirafan bagi anda? Kalau macam tu aqu boleh tolong doakan... 


Aqu tak hebat mana dan aqu pun tak mau jadi yang hebat berkata-kata, tapi bila dah nampak kronik penyakit yang seseorang tu alami, aqu perlu perbetulkan. Jangan hanya melihat kesilapan orang setinggi bukit tapi menutup mata kesilapan sendiri yang seluas laut. Jangan nampak bijak alim berkata-kata tapi tersalah hujahnya. Jangan berlagak seperti hakim yang menjatuhkan hukuman tanpa melihat dulu kesahihan.
en.hubby pernah kata jangan layan biar je la, mungkin ya tapi sesuatu salah faham andai kita penyebab kuatnya maka kita perlu menanggungnya kelak..maka aqu ambil langkah menjelaskan. Tapi jika masih ingin berfikiran sebegitu juga, makna nya i'm done my part dan aqu bukan kaunselor yang hebat.wakahkahkah *gelak kan diri sendiri itu lebih baik dari mengelakan orang*
sekian.
notajanganbanyaktanya : entry ini untuk seseorang. siapa dan kenapa? al maklum tak nak jadi si perasan pulak..tak pe kali ni, aqu bagi peluang untuk sesiapa nak perasankan diri... tapi kalau terasa terjawab semua kata-kata tu maka untuk anda lah~
(terpulang pada anda, kami dah minta maaf sewajarnya maka urusan pihak kami dah selesai dan saya tak mengharapkan sujud maaf mahupun kata maaf skalipun jika anda tidak mahu ungkap tulis atau nyanyikan sekalipun kerana bagi kami sudah anggap ianya selesai dan jika terjumpa di luar sana, kami masih boleh menyapa dengan senyuman).
#kamisedarkamihanyamanusiayangmasihkerdil
incik faizullah, apo kabo incik...pihak kami sekuarga menanti kad kawen anda. ;) nanti kami datang sedondon bagai boria sekuaga

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

si fake akaun "terima kasih yo"

Masa nak taip ni, memang rasa nak gelak terkikik kikik ( haaaaa pernah dengar tak perkataan tuhhh??? ala seerti dengan terbahak bahak tapi tu sopan sikit). So apa kes??

Fuhhh tidak ku sangka sebenarnya aqu ni glamos la jugak cuma kurang sikit dari emma maembong je sikit ( erkk tersedak pulak emma).

Kes nya bermula apabila nama ku sedikit demi sedikit famous ke pentas peraduan. Tak la hebat mana cuma bila dah tertulis rezeki, maka kita syukur yang penting apa pun usaha bior ikhlas ye anak-anak baru hasil tu terasa nikmatnya!

Tapi sangat menghilangkan mood bila ado pulak yang buat fake akaun untuk tuntut adiahhhh. walahhh orang lain usaha orang lain dapat hasil??? ini umpama monyet gait kelapa tuan dapat hasil!!

Sebaik mana pun hati aqu, tak kan aqu nak bior kan je (statement perasan baik.hahahha) aqu ambik la tindakan untuk menukar profile.. tapi yang mana yang dah dia hambik, biar la jadi rezeki dia..

sekian. bye

sapo yang ado buat akaun fake untuk orang tu, menyesal la cepat-cepat...sebabnya nanti payah korang nak search diaorang kat akhirat nak minta maaf, masa tu google map dah tak de makna dah...

*semangat taip entry nie guna henpon je, tu tulisan ke lauttttt~


ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)