0 penyumbang pandangan

benarkah "mungkin bukan rezeki"?

Assalamualaikum

Kadang-kadang aqu terfikir, apabila sesuatu berlaku mudah sangat kita kata "mungkin bukan rezeki", tapi kita tak pernah terfikir mungkin sesuatu itu terjadi kerana sikap kita sendiri yang mungkin kita anggap kecil sangat hal nya tapi hakikatnya itu yang menjadikan kita terhalang dari rezekinya... aqu terfikir dengan apa yang berlaku pada seorang kenalan aqu ini..

* aqu print screen je la ye...




terdetik kat hati, betapa manusia selalu lupa untuk bersyukur tapi tak pernah penat untuk mengeluh..


ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

jeruk mangga asam boi

Assalamualaikum

Akhirnya.... dapat jugak aqu merasa jeruk ni... balik-balik koje, tengok muka laki aqu terus dengan semangatnya datang semangat buat jeruk ni..tak susah pun nak buat jeruk ni, semua bahan memang dah ada kat umah kecuali asam boi la...tapi kalau keje kat kilang asam boi haaaa lagi sonang~ mangga pulak memang bergayut-gayut depan rumah nie ha, dari bior jadi perhiasan, baik la aqu rajin kan diri...perut pun konyang..

Lepas kopek kulit mangga tu, korang campak je semua barang lain dalam tu... tapi kalau tahap malas korang dah sampai tahap nak pegang pisau pun terasa malasnya, maka suka hati korang pa kalau tak nak kopek kulit tuhhh, tekak korang juga yang melantak nie nanti..

So amacam hasil??? taraaaaaa tariiiii taaruu




ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

pengiraan 6% yang memeningkan


Assalamualaikum

Math bagi aqu memang agak sedikit senang, bukan senang ok sedikit senang je... jadi untuk buat pengiraan harga barang naik 6% tu memang boleh la di conggak-congak lagi.. tapi ape yang aqu mula perasan adalah tahap pengiraan aqu jadi cacar maeba bubur caca... kenapa? kisahnya begini...

Harga sebelum perlaksanaan GST -- harga pencuci muka sebotol RM20.50 di kedai serbaneka, tapi bila pegi ke guardian harga pencuci yang sama jadi RM21, tapi bila angin aqu nak minum slupee aqu singgah 7E tengok harga pencuci yang sama jadi RM22.10.

Bila GST dilaksanakan katanya 6% kenaikan.

maka setiap kedai tu harga kenaikannya akan berbeza-beza mengikut harga jualan diaorang.. betul kan? Jadi persoalan aqu, macam mana aqu nk tau memang kedai tu naik 6% ikut harga asal jualan kedai diaorang???? Sebabnya, bukannya diaorang tulis harga sebelum dan selepas??

Cop! Dalam resit kan ada tulis total charge untuk GST suana oiiii... ya betul, tapi baca elok-elok yang aqu tanya... macam mana nak pastikan diaorang kenakan charge tu ikut harga asal jualan diaorang??? Ke diaorang kenakan charge tu ikut charge tambahan yang supplies kenakan??? Kalau macam tu lagi sikit la sebab supplies hantar guna harga borong...

 Aqu rasa memang la agak bagus bila peniaga tepek harga barang...tapi yang tak best nya bila kita rasa tetipu sebab peniaga tepek harga terus kata dah include GST 6% tapi hakikatnya price naik ikut suka dia berapa nak letak.

Jadi ade sesapa tak boleh selesaikan masalah pemikiran aqu yang tak tercapai ni macam mana sebenarnya kedai-kedai yang berbeza-beza harga nie kira GST tu... konfus mak tau!

nota bisik-bisik : aqu dengar isu pasal GST ni ada yang kata "semua tu dah takdir, memang dah ketentuan harga barang naik..jadi kita kena redha je la... olahhhh jadikah mengapakah bisingkah bilakah tempohkah pengeluarankah KWSP dilanjutkankah??? itu tak dikira takdir ke??? :p haiyakkk la lu... takdir bukan semuanya tetap tak boleh diubah, takdir ada dua yang dah ditetapkan dan yang boleh diubah..

 nota pening lagi : betulkah harga barang asas tak naik, sebab diaorang punya pemprosesan pun pakai kos kan?? tak kan diaorang nak tanggung rugi??? dannnn kenapa makcik tu juai pucuk paku naik harga sampai 50sen!!! arghhh kusut!


ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

1 penyumbang pandangan

Positif dengan orang lain

Assalamualaikum

" teruknya dia dulu bukan bermakna teruk juga dia sekarang, dan baik dia sekarang tak bermakna baiknya dia akan datang". Yup betul... aqu setuju, senang kata teruk ke baik ke kita sekarang belum menjaminkan kita mati dalam keadaan yang macam mana...

Kalau dia dulu seorang kaki arak, tak bermakna dia sekarang haram menjadi ustaz... tak bermakna jika dia seorang ustazah sekarang, maka akan datang dia tetap ustazah.. hati manusia sentiasa berbolak balik, seteguh mana pun kadang kadang goyah... itulah manusia, sebab tu kita perlu sentiasa berdoa supaya diteguhkan keimanan.

Kadang-kadang memang wujud keadaan dimana dulu dia beria-ria tegah, tapi kini dia pulak yang buat.. kerana apa?? manusia tak sempurna, manusia melakukan kesilapan, manusia lalai.... dan iman manusia itu berubah-ubah...

 Jadi jangan pernah sekalipun kita memandang seseorang itu lebih hina dari kita, sedangkan kita juga manusia yang sama seperti dia..  jangan kerana labuhnya pakaian kita, kita mengatakan orang lain teruk dari kita.. jangan kerana hebatnya kita melontar hadis-hadis, kita menganggap si diam itu tiada ilmunya..

nota keciwa : kenapa memburukan nama sekolah agama geng oiii :( so sad la dengan lu junior, dulu kitaorang pun ade jugak gaduh-gaduh tapi tak de sampai jadi jenayah besau... alahai sangat terkilan bila dengar orang kata sekolah agama pun sama je macam sekolah biasa...
 Takkkk wehhh tak sama, percaya la... jangan sebab segelintir, korang samakan diaorang dengan yang lain.. yang sama tu perangai manusia, sekolah agama tu tetap hebat!


ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

Bagi si ibu yang menyusukan

Assalamualaikum

Apa yang nak aqu kongsikan kali ni??? aqu nak kongsikan sesuatu yang berkait dengan penyusuan tetapi bukan penyusuan...hahahahhaa pening tak, rasa menyampah tak baca ayat aqu...hahahha

Tak la sebenarnya macam ni... kaitan kelewatan datang bulan/ langsung tak datang bulan dengan ibu yang menyusukan anak.. ada kaitan ke??? Ya ada..sangat ada..

Seorang ibu yang sedang menyusukan anaknya sepenuhnya sangat berpotensi untuk mengalami keadaan tidak datang bulan... dan ada dua sebab menyebabkan kes itu berlaku..

Pertamanya disebabkan korang mengandung lagikkkkk.hahahahahah dan yang keduanya disebabkan hormon penyusuan korang tinggi.. tapi ia bukan satu masalah pun sebenarnaya tapi anugerah sebab korang boleh la solat sepanjang waktu plus puasa... kan best tuhhh... nanti bila hormon dah normal, datang la balik period korang tu...

Jadi buat para ibu jangan risau ya... tapi buat laki aqu, meh gelak sama-sama lepas tengok alat pregnancy test tu...hahahha

Anak itu harta, maka rancanglah memiliki anak ramai...lallalalalalla


ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

Tun mahathir pemikirannya hebat!

Assalamualaikum

Aqu memang meminati Tun mahathir dari awal pemerintahan beliau... aqu ingat lagi, walaupun aqu masih di sekolah rendah ketika itu namun pemikiran anak-anak ketika itu kebanyakannya ditanam dengan semangat wawasan 2020... pelbagai angan-angan kita dengar, kereta terbang, kereta itu kereta ini...tapi semangat pemikiran untuk berimaginasi dengan segala wawasan 2020 itu ibarat semakin lama semakin tenggelam selepas Tun berundur dari pemerintahan.

 Aqu percaya, Tun berundur dari pemerintahan satu ketika dahulu bukan kerana dia sudah penat dengan Malaysia, tapi dia berundur kerana "berundur ketika disayangi sebelum dibenci"..dan tindakan Tun itu memang sangat-sangat meninggalkan kesan pada Malaysia kerana ketika itu Malaysia tengah gah di mata dunia dengan pemerintahan Tun..sehinggakan sehingga kini kebanyakan negara-negara luar masih memandang tinggi Malaysia kerana adanya Tun.

Aqu membesar dalam pemerintahan tun, ya bukan tak pernah harga minyak naik ketika zaman tun.. malah masalah inflasi turun timbul di zaman pemerintahan tun... namun kenapa ketika itu rakyak tidak memberontak, kenapa ketika itu rakyat masih bersatu mempercayai pemimpin mereka... kerana pemikiran hebat si pemimpin yang secara tidak sedar telah tertanam juga pada rakyat..

 Tun tidak pernah mengunakan teknik 'pemberian duit' untuk meraih undi rakyat.. tun tidak pernah menjanjikan kemewahan kepada rakyat melainkan kata-kata semangat supaya rakyat jangan malas, lalai, tertipu untuk terus berjaya


Tun, tun tak sendiri... tun ada kami segelompok si rakyat yang masih percaya hebatnya pemikiran tun.. tapi siapa kami untuk mereka dengar kami bersuara...

 Semoga Malaysia terus dihormati bukan kerana kemewahan hartanya tetapi kerana kewibawaan kepimpinannya!




ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

Page Niniey berbaloi!!! Jom terjah!


Assalamualaikum...

 Bulan puasa hampir tiba,
 Hari raya pasti tiba,
 Tak teringin ke kelihatan cantik bak anak dara,
 Page niniey ada kunci nya!

 Page Niniey ada tawarkan hadiah kain sulam yang sangat cantik kepada sesiapa yang sudi support beliau.. jadi sapa yang rasa nak kain buat baju raya free boleh la melawat dan like page beliau..

Memang cantik kain sulam yang di beri, harga pun memang mahal la...beratus la jugak..

 Tapi!!! korang tinggal beberapa jam je ni sebab nya tarikh tutup penyertaan sampai 15 april je ye.. jadi jangan lambat nanti melepas~

Dan tak rugi pun korang cuba sebab nya, setiap rezeki tu kita tak tahu milik siapa dan macam mana cara dia hadir, yang penting usaha.. kadang-kadang usaha yang sedikit pun membuahkan hasil yang lumayan :)

.
Meh saya belanja gambar kain sulam yang awesome tu sikit...

Boleh la ke page beliau di sini -- > KLIK SINI
































ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

1 penyumbang pandangan

alahai si kembar ku...

Sapo cakap ade anak kecik tak penat, perhhhh sila buat dulu baru cakap...kalau sehari tak berzikir memang tak sah!hahaha

Tapi melayan karenah "si kembar" aqu memang cukup membahagiakan walaupun kadang-kadang habis luruh rambut kat kepala nie aqu garu. Tenaga diaorang berdua mengalahkan aqu sorang.. kadang tu sampai tak tahu nak kejar yang kiri ke yang kanan..paling tragis bila semua anak aqu pakat-pakat nak tido kat aqu...haaaa lingkup! yang ayah diaorang buleh garu kepala cakap "tak pe tak nak kawan dengan ayah"... what???? respon yang tak membantu langsung...hahahha

Tapi memang mana pun aqu pegi, terlalu ramai yang menegur "kembar ya"... aqu pun pelik, padahal aqu tak la bersuara apa-apa pun..kadang tu dengan orang yang tak kenal berselisih pun ada yang tanya.. muka anak-anak aqu nie mesra alam ke hape, tak yah bersuara orang akan tegur jugak....hihi

Satu lagi soalan yang lali sangat aqu kena tanya sampai tak cukup dah jari aqu tambah jari laki aqu tambah jari anak-anak aqu nak di kira ialah diaorang minum susu badan sepenuhnya ke? Ya Alhamdulillah! Memang aqu syukur sangat anak-anak aqu dikurnia rezeki susu badan yang sangat melimpah ruah...sampai kadang-kadang sekali pam pun boleh dapat 13oz... memang aqu tersangat bersyukur! *sapa nak try-try cara aqu bagi susu banyak, boleh la pm mana tau berkesan yang penting aqu tak makan ubat2 atau supplement untuk banyakan susu, moh kita sama2 capai target penyusuan 2 tahun :)


ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)