0 penyumbang pandangan

aqu dan train dan ...

As salam!

Agak frust mulanya hari ni bila last minit laki aqu bagitau petanda yang aqu kena pegi sendiri naik train... what!!! apo la tak di kabar kan awal-awal, senang la aqu gerak pepagi sikit.. bukan masalah aqu tak suka naik train, tapi aqu dah la lenggang kangkung bersiap tadi, dapat perkabaran tu memang syok sungguh membayangkan betapa ramainya orang kat train tu..tapi aqu gagahkan jugak mengukir senyuman tanda kemaafan..hahhaha ayat tak boleh tahan kan, bukan apa aqu tau laki aqu nie kadang-kadang berjangkit pelupanye dari aqu. tu lah laki bini namanya, yang penting kita enjoy!

Huh rasa sangat terimbau kenangan zaman-zaman bujang dulu gi koje naik train.hahahah feeling bujang-bujang gitu.
Tapi aqu tak sangka dan sedikit kagum dengan perkembangan mentaliti rakyat malaysia yang dah sedikit kedepan, 2 tahun aqu tak menjejakan kaki di awal pagi di LRT ni, perubahan ketara yang aqu nampak ialah sikap beratur yang dah di praktik oleh masyarakat kita samaada nak naik train, escalator ataupun teksi! serius sangat teruja aqu tengok perubahan tu.. baru nampak sinar malaysia boleh menjadi negara-negara berdisiplin seperti jepun mahupun singapore cuma kita masih terlalu jauh untuk mengejar mereka..tak pe sikit-sikit.

Bila berada dalam train, dikelilingi manusia, melihat ke luar yang penuh kesesakan lalu lintas membuatkan aqu ditarik berpijak kukuh dibumi yang nyata. Dalam hati aqu terlintas juga pertanyaan aqu pada pemandu-pemandu kereta, kenapa korang tak naik train..kan lagi laju dari nak berdepan jem tu.. dan dalam diam membuatkan aqu sedar "kau tengok suana, hidup nie macam-macam kesenangan, macam-macam dugaan..jadi kau kena sedar suana, apa pun pangkat kau, siapa pun kau, kau sama seperti mereka". Betul orang kata, apabila kita cuba meletakan kaki dengan keadaan mereka, pasti mudah untuk kita lebih menahami. Satu persatu manusia dalam train tu aqu perhati, si muda sibuk dengan gadget nya manakala si tua hanya memandang jauh keluar, entah apa yang direnungnya.. atau mungkin pandangan kosong! Dan aqu sedar, dalam gerabak sepanjang hampir 10 meter tu, dicelah-celah himpit manusia, tetap ada manusia yang pangkatnya ditabik semua orang di syarikatnya malah ada juga yang pangkatnya hanya sekecil-kecil pangkat yang hanya terlalu kerdil jawatannya.. namun semuanya tetap berkat jika halal sumber dan caranya!

Indah rupanya LRT ni.. kenapa selama nie tak pernah sedar semua tu? erm kadang-kadang kita perlu letak diri jauh dari keselesaan hidup, supaya kita dapat berfikir sejenak.

* erkk kenapa ayat aqu macam nak menulis novel gayanya -_-
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

kek coklat best, hasil kerajinan!

As salam!

Kes nye jadi bila laki aqu kata "kalau sayang buat kek coklat, mesti syahmi suka". Wahhh laki aqu memang pandai buat ayat pancing suruh aqu rajin.hahahha Makanya disebabkan cair dengan ayat laki aqu yang mana dalam hati dah mula perasan bahawa laki aqu mesti nak kata aqu punya kek coklat sedap, maka semangat membara esoknya aqu buat. *nampak betapa perasannya seorang isteri bila suami ayat sikit.hahahah tolong jangan jadi macam aqu*

Macam biasa, aqu tak tau kenapa aqu nie kalau masak tak berapa nak ikut betul-betul sukatan, tak berapa nak betul-betul teliti buat maka hasilnya jadi.. memang biasa dah macam tu..banyak kali dah bila aqu sukat betul-betul sampai naik menyampah penimbang tu tengok aqu, mesti hasilnya kurang memuaskan.

Jadinya aqu ambik keputusan buat kek coklat nie ikut naluri aqu je.. dalam hati doa je la supaya sedap. Tak sampai 20 minit, siap sume adunan tinggai nak bakar je.. aqu ambik keputusan nak bakar je sebab senang sikit, tapi sebenarnya kek coklat lagi sedap kalau kukus sebab dia jadi moist luar dalam.. kalau bakar, dia moist dalam je, luar dia macam tak nampak la moist dia..

Lepas masuk oven, terus terlupa aqu kek tu.. sebaik la oven tu bila sampai timing dia berbunyi.. aqu rasa tu hikmah nya naluri aqu kuat katakan suh bakar je kek tu.. kalau aqu ambik keputusan nak kukus tadi, ayoyok la dapur aqu.hahahah

Hasil nya nie...


Serius sedap ok, sampai laki aqu kata "sedap, bila nak buat lagi".. padahal baru sesudu dia telan, setalam lagi baki.. nampak tak aura tamak tu.hahahah

Kalau korang nak kepuasan makan kek coklat nie, buat je sendiri.. memang senang je, and puas makan dari beli sepotong 5 inggit tu.. menangis nak kuar duit you..


ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

merotan murid adakah relevan?

As salam!

Ya setiap orang mempunyai pandangan sendiri berkenaan isu ini kerana apa yang boleh aqu lihat, merotan atau tidak keduanya mempunyai kesan tersendiri.

Mungkin bagi sesetengah pihak lebih menyokong kaedah guru harus untuk merotan murid supaya mereka belajar dari kesilapan. Kerana jika dilihat cara didikan orang dahulu itu (membenarkan guru merotan anak mereka) lebih mendatangkan kebaikan. Ya aqu akui. Satu ketika dahulu juga aqu pernah melalui fasa yang sama di sekolah rendah di mana aqu pernah dirotan oleh guru di tapak tangan, memang lebam kebiruan la juga gara-gara satu kelas tidak ada seorang pun mendapat result dalam mata pelajaran sains yang memuaskan hati.. dan kesannya selepas itu setiap dari kami menamatkan sekolah dengan result yang cukup memuaskan.

Ya aqu dirotan bukan kerana perangai, tapi result... dan apa reaksi ibubapa aqu ketika itu? "memang patut kalau dah main-main belajar", itu yang aqu dapat bila cuba mengadu! Nampak, simpati yang nak diraih tapi menanah telinga yang aqu dapat.hahaha dah la tangan bengkak lebam, nak bengkok jari-jari pun sakit gile, makan masa 3hari untuk hilang..mana tidaknya, rotan buluh.. walaupun ayah aqu sindiri tidak pernah sekalipun memukul malah menjetik aqu, tetapi ayah sedikit pun tidak melatah dengan tindakan guru tersebut kerana mungkin bagi ayah itu cara guru itu mendidik supaya anak nya lebih berjaya. Dan kini aqu turut merasakan memang tepat tindakan cikgu itu kerana jika tidak kerananya mustahil aqu dapat memegang rekod "pelajar terbaik" dalam matapelajaran itu semasa aqu di sekolah menengah!

Lihat kesannya disitu. Namun masih relevan ke cara merotan tu sekarang? Bagi aqu ada baik dan buruknya. Kerana apa? kerana perbezaan zaman! Kita harus sedar bahawa perbezaan zaman membawa kesan yang berbeza pada pemikiran anak-anak.

Harus kita akui pemikiran kanak-kanak kini sedikit kedepan berbanding zaman kita dahulu, kanak-kanak kini lebih bijak! Jadi apabila pemikiran berbeza, maka cara didikan juga seharusnya perlu bersesuaian dengan keadaannya. "Memarahi untuk menasihati" adalah tindakan yang berbeza dengan "Merotan untuk menasihati". Memarahi untuk menasihati adalah pendekatan yang kita gunakan hanya dengan mulut dan tidak menyakitkan pelajar dan belum tentu mereka tidak akan mendengar, tetapi merotan untuk menasihati adalah keadaan dimana merotan untuk kebaikan mereka namun mereka turut terasa sakitnya.

Mudahnya kita berbalik pada didikan agama, yang mana wajar yang mana tidak dan bagaimana cara memukul.. kerana tidak semua hal dapat diselesaikan dengan memukul.

nota ikhlas : dan sesuatu yang begitu ketara perbezaan nya adalah " guru dahulu merotan kerana ingin mendidik, bukan merotan kerana marah..itu berbeza dengan kebanyakan guru kini di mana emosi lebih menguasai!

nota ingatan : kadang-kadang apabila kita bersuara mengatakan tindakan seorang guru itu juga ada salahnya, ramai yang akan melenting, "cikgu pulak salah, cikgu dah penat-penat ajar..kalau tak boleh terima jangan pegi sekolah",  namun harus kita sedar bahawa jangan kerana gelaran "guru" maka kita melihat mereka terlalu sempurna.. ya benar jasa mereka terlalu besar, sangat beaar namun mereka juga manusia yang tak lari dari kesilapan.
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

Taman rusa dan kancil kuala lumpur

As salam!

Woohaa sapa tak pernah tengok kancil? ha nie peluang korang untuk pi tengok dekat-dekat macam mana hansem nya si kancil.. mana tau korang boleh catat sejarah lebih hebat dari cerita sultan melaka dengan kancil tu..

Tempat dia kat kuala lumpur je, jadi sesapa yang tinggal Kuala lumpur nie maka jangan la anda menjadi manusia ketinggalan zaman dengan memberi pelbagai alasan kenapa korang tak pernah tengok kancil atau rusa.. dah terbentang peluang, maka pi la rembat..

Sebenarnya taman ni dah lama wujud, menurut laki aqu *sebab dia je yang rajin baca papan-papan tanda kat situ, nak harap aqu memang wasalam.hahah* taman nie dah ditubuhkan pada tahun 1987, hampir dekat berapa puluh tahun dah.. maka memang aqu rasa kesian kat diri sendiri sebab baru first time dapat pegi. *_*

Tempat taman nie adalah berdekatan masjid negara.. maklumat tambahan ialahnya berdekatan taman rusa dan kancil nie turut ada taman rama-rama, taman orkid, taman burung...

Bayaran masuk untuk taman rusa dan kancil nie adalah percuma je.. tak payah nak pemurah sangat, ha sapa kata lepas GST tak de barang percuma.. see nie buktinya -_-

Dan yang sangat aqu puas hati adalah tempat nie sangat bersih dan cantik! memang tiptop la dia punya kebersihan terjaga nya.. tak macam taman-taman awam lain penuh daun layu la hape la kan.. puas hati la jejalan family kat sini.. moh aqu saji sikit gambor tempat..








Ha pe macam cantik kan kan kan.. jap aqu tau korang konfua dengan gambar-gambar nie, jadi moh aqu terang satu-satu..

Memang nie taman rusa dan kancil, tapi jangan pelik ye sebab aqu sendiri pun konfus dengan kewujudan air terjun kat situ.. mungkin sebab dia nak wujudkan suasana semula jadi la kot... ye la rusa dengan kancil kan habitat kat hutan kan, jadi deco macam kat hutan sikit la baru real.. cuma nie katagori hutan bersih..

Keduanya, yang part ayam tu.. yang tu aqu tak dapat nak jawab, aqu pun tak tau kenapa ayam-ayam tu sesat kat kawasan taman rusa dan kancil nie, nak kata keturunan rusa macam pelik la pulak..tapi yang pastinya pelbagai jenis ayam turut di pamerkan kat sini..

Dan yang ketiga, mana rusa dan kancil nya?? Ha tu la masalah aqu, hahahha pegi taman rusa dan kancil, tapi sekor gambar rusa dengan kancil pun aqu tak hambik.hahahha maaf la dengan ke serongan kepala aqu nie, aqu telupa mungkin sebab semagat sangat nak tengok rusa....

Tapi betul kan cantik?? kalau korang nak ambik gambar kawen pun, sesuai kot.. orang pun tak ramai sesak sangat, tempat pun bersih cantik terjaga, nyamuk pun tak de la macam habitat dia kat situ takat sekor dua tu biasa la.. pastu ada titi tinggi kat situ bersambung-sambung, aqu lupa nak ambik jugak.. tapi memang serius cantik..

K.tata, aqu saran kan korang pegiiii!

nota rehat : pointer student nie sama macam cuaca, kadang panas kadang hujan kadang mendung...yang pasti bersyukur lah sebab tu semua pemberiannya... cuma yang membezakan, pointer boleh di ubah kalau berusaha, tapi cuaca adalah ketetapannya yang di luar kuasa manusia.
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

Generasi sekarang dengan potensi diabetes!

As salam.

Tajuk entry aqu sekarang memang dasat- dasat panjangnya... -_-" aqu sendiri pelik tengok, tu tajuk ke isi dahhh

Sebelum tu, memang aqu bukan berkerja di kementerian kesihatan ye, jauh menyimpang tu cumanya ini pandangan aqu tentang generasi sekarang.

Kalau kita banding pemakanan orang dulu dan sekarang, perhhh jauhh bezanya! Orang dulu zaman-zaman 80an dan keatas la ye, tak di didik dengan pemakanan fast food/drink. Jadinya apa yang boleh dilihat ialah, perut generasi kita sekarang nie dan seterusnya penuh dengan dua sekawan baik iaitu pengawet dan pewarna.

Berbalik pada diabetes, sekarang kat mana pun konfem ada jual air minuman tak kira la tin ke botol ke, dan setiap dari kita memang agak ringan tangan untuk membelinya... jadi dipendekan cerita, jika dibanding dengan zaman dulu yang agak kurang minuman-minuman ringan ni *kurang ya bukan tak ada*, jadi bukan kah generasi sekarang lebih berpotensi dengan diabetes???

Alahhh orang dulu kurang minuman ringan tapi ambil gula tu tetap banyak.. ya boleh jadi, cumanya aqu katakan generasi sekarang lebih berpotensi, bukannya pasti memiliki!

Jadi kalau korang tak rajin ambil minuman ringan, maka bagus la.. kurang la potensinya tu.. itu maksud aqu, sebab aqu bercakap secara kiraan nisbah, iaitu kebarangkalian..

Kesimpulannya, aiyokkk memasing dah cuakkk.hahaha diabetes diabetes diabetes ~ esok tetiba jualan air mineral meningkat di setiap kedai~

notarindu : rindu buku add math ke cikgunya????
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

nasi ayam homemade puas sungguh!

As salam!

Kalau dah nama nya isteri makanya kadang-kadang memang tahap kerajinan itu menjadi-jadi tanpa diundang.. dan memang satu kepuasan bila masakan kita dimakan oleh suami dan anak-anak, tak caya boleh pi tanya mana-mana isteri kat dunia nie, memang terasa sangat dihargai bila hidangan kita buat habis licin suami dengan anak-anak telan..so pada semua anak--anak, tolong faham...jangan pernah sekalipun korang cakap mak korang masak tak sedap or korang tak nak makan masakan dia, sebab memang kecik hati terasanya ye sebab sebenarnya tanpa kita sedar bila seseorang memasak setiap sentuhan mereka yang ikhlas tu la menjadikan hidangan itu lebih sedap berbanding orang lain.. dan sebab tu la setiap dari kita sentiasa cakap masakan mak korang paling sedap, sebab masakan tu penuh dengan kasih sayang mak korang.. dan sebab tu juga orang kata "bila nak masak jangan marah-marah, konfem tak sedap walaupun hakikatnya korang mengunakan bahan dan kuantiti yang sama"! Tak caya? ok boleh sila cuba.. abis tu kalau ayah yang masak, mak tak masak? tak kira la sapa yang masak, janji sapa yang masak dengan kasih sayang, masakan dia akan jadi paling sedap..alah kalau tak tau masak tak sedap jugak jadi.. ye ke?? ahhh no komen la panjang lebau aqu tulis tapi korang sedar tak aqu dah jauh menyimpang dari tajuk?? hurghh damn la! apesal aqu suka meleret jauh dari tajuk..

Tapi seriusly nasi ayam nie sangatttt sedap! jujur ok. Bukan nak puji diri membangga tapi memang sedap.. sungguh! jangan kang ade pulak si akal kontot dok kata me'riak'an diri la tu, baru nasi ayam.. huh orang macam tu makannya lontaran kulit durian je, payoh sangat.

Hasilnya... walau tak indah di mata, janji tekak tersangat bahagia menikmatinya.. nie namanya hidang dalam pinggan masing-masing je sebab dah tak sabar nak makan.hahaha kira ok la tu dapat juga gambar..


Kalau nak resepi aqu tepek sini, sudi tak sudi nak follow ikut hati masing-masing ok.. sebab mana tau korang memang pakar dah masak ni..

Bahan nasi :
- beras (ikut family korang berapa ramai)
- separuh bawang merah, 3 ulas bawang putih, sebesar ibu jari halia (ditumbuk hancur)
- bunga cengkih 3 ulas
- planta 1 sudu besar
- susu cair 2 sudu besar
- air rebusan ayam (rebus dulu sekejap ayam yang nak digoreng tu supaya lembut isi dia)
* campur semua bahan dalam periuk, air rebusan ayam tu sukat ikut beras.. kiranya macam nak masak nasi biasa, cumanya lebihkan suku cawan.

Bahan ayam :
- ayam yang direbus (ikut korang berapa banyak nak)
- sos tiram (2/3 sudu besar)
- 3ulas bawang putih, halia sebesar ibu jari (ditumbuk halus)
- madu (2/3 sudu besar)
- serbuk lada sedikit
*campur semua bahan, perap dalam 15-30minit. garam gula x yah sebab dah ganti dengan madu dengan sos tiram.

Bahan sos cili :
- cili merah (ikut korang nak pedas mana)
- bawang putih 3ulas
- sos cili 2 sudu
- gula sesudu kecil
- serbuk lada putih sedikit
- air ( ikut korang nak banyak mana)
* campur semua bahan, lepastu kisar sampai halus.. lepastu masak sikit (ini pilihan korang nak masak tak, sebab kalau korang dah pakai air masak tadi, apa guna korang masak lagi.. tak de istilah cili tak masak sebab kalau sambal belacan pun, korang tak de rebus cili tu dulu kan.. nie bukan cili kering ye.. kalau korang rasa agak cair kuah tu, tambahkan sos dan tepung jagung sikit.

Done. Selamat merajin kan diri isteri-isteri... ;)

notasyukur : rasa masa berlalu laju benor, senyap-senyap bising bising dah hampir 3 tahun aqu berumahtangga, kiraan anok pun nak sejajar usia perkahwinan.hola hola

notalagi : tak sangka panjang gila entry aqu dengan tajuk macam nie.hahahah terimas sudi bacooooo
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

29 hari lagi ramadan :D

As salam

holaaa iklan raya dah keluar, lagu raya dah berkumandang.. tapi bukan hari raya yang nak di cerita ni, cuma nak sentuh bab ramadan..

Teruja! yup tiap kali ramadan nak datang sungguh la terujanya.. sampai doa supaya ramadan tu biar berlalu lambat- lambat sangat.. dan macam biasa tiap-tiap sama doa yang sama kita harap iaitu "semoga ramadan kali nie lebih bermakna", walaupun agak klise tapi tu doa yang sangat-sangat kita harapkan..

Dan macam biasa tiap kali tiba ramadan, pasti banyak perubahan kearah kebaikan berlaku tak kira lah kita sendiri ke jiran sebelah rumah ke jiran hujung rumah ke budak opis, tu nama nya berkat ramadan walaupun ada juga mulut gatai sebut "tunggu ramadan baru nak berubah".. huhhh pi pekak kan je la telinga, janji kita mampu berubah daripada biarkan diri terperesok kat lubang yang sama tanpa berniat atau usaha untuk keluar.. tu lagi teruk!

Jadi ada tak rezeki kita nak sambut ramadan kali ni? sama-sama kita berdoa, jangan tunggu harap ramadan datang je.. sebabnya ramadan tu tetap akan datang selagi belum kiamat, yang menjadi isunya ialah nyawa kita.. ye la, kalau pun tinggal sehari ramadan nak menjelang, tapi kalau bukan rezeki kita maka ajal tetap menjemput kita kan :) jadi BERDOA, itu penyelesaiannya!

notakejutan : terkejut tengok gambor pasport orang sampai tergelak dengan perangai diri sendiri. banyak-banyak nombor matrik pelajar malaysia nie awat sangkut jugak nombor matrik ni.. angkat tangan nombor matrik sapa ni ########28 ~ #pointerohpointerstudent
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

banyak pulak tentang "isteri"

As salam

Holaaa sapa perasan akhir -akhir nie rancangan tv banyak pasai tajuk berkenaan isteri?? ala isteri separuh masa la, dia isteri luar biasa la, isteri macam-macam lagi la..novel pun semua nak keluar tajuk isteri-isteri ni.. betul tak betul tak?? ke aqu sorang je yang perasan camtu?? ;p

Cumanya nak cakap alhamdulillah jalan cerita tu semakin tip da top la! maksudnya elok la penceritaan berkisar sesuatu hubungan yang halal.. syok-syok romantik gitu lalala ajak pulak laki layan, memang feeling gitu walaupun muka laki macam terpaksa tengok.hahaha

Tapi tu part jalan cerita ye, part lain aqu tak komen.. sebab bukan semua lakonan tu berdosa, dan bukan dosa tu itu lambang lakonan :)

suka tengok latifah maembong!! :)  sapa tu? emma maembong la.. sangat cantik ciptaan tuhan!
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

Pentingkan diri @ mementingkan diri

As salam!

Bagi aqu pentingkan diri dengan mementingkan diri sendiri mempunyai 2 maksud berbeza.. Yup berbeza! *bagi aqu la*

Sebab yang agak boleh diterima logik akal adalah, petingkan diri sendiri tu bunyi nya seakan sombong.. atau lebih mudah aqu tulis  "dia pikir dia punya happy bahagia ja..orang lain nie macam mana hoiii.. kalau awak tu tak terlibat tak pe la jugak, ini awak tu watak besar dalam cerita" ya itu ayat bagi nak faham.. dan mementingkan diri pulak macam lebih pada memikirkan keperluan atau kebaikan pada diri sendiri tanpa mengambil kesempatan kat orang lain.. contoh mudah "malas pulak nak join diaorang lepak, esoj nak exam kang kalau aqu tak study parah".

Ok, korang ada paham? yes? no? aqu merepek? ok fine! tau ramai rungsing sampai teringat-ingat cikgu BM sampai rasa nak call cikgu tu kan kan kan... tak pe tak pe, tak paham tak pe la.. sebab aqu cuma nak petik dan ingatkan pasal pentingkan diri sendiri je, yang mana hati kita ni jangan batu sangat sampai pikir diri sendiri je.. takut esok lusa ada yang sentap ;)
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

Ber"arabic" dengan family

As salam! :)

Holla yo. Korang kena faham la, kalau dalam pikiran tu nak pi makan kedai mamak or arab, first korang kena set dalam otak korang ialah "konfem kenyang". Kenape? sebab nya aqu tak pernah jumpa la lagi dua kedai nie yang kedekut nak bagi nasi... diaorang punya lambakan nasi kalau koranh kata "separuh je ye" pun still banyak jugak... aqu kadang terpikir juga, memang style mamak dengan pak-pak arab nie makan banyak macam nie ke nasi nya.. memang puas hati la part nasi tu nak di banding kedai melayu, memang terpinga-inga juga la aqu pikir bila orang tanya kat mana bebaloi nak makan? bak kata kawan aqu "fuhh cepat la peniaga nie pegi haji".hahahha *tak paham tak pe abaikan*

So bila berjimba dengan family memang syok, cuma tak cukup ahli sangat la..memasing sibuk sikit.. banyak-banyak kedai aqu pi, aqu syor kan kedai kat Platinum Walk danau kota, berdekatan kedai Mamak Pelita tu.. aqu terlupa nama kedai dia, yang aqu ingat depan dia ade perkataan dewan dengan arabic -_-" tapi memang puas hati! dangan deco tempat dia yang agak mengujakan aqu, konon-kono kat dalam kapal lama yang ala-ala lanun tu, pastu dengan aircond, dengan harga yang murah..perhhhh sungguh la!

*gambar hidangan pun terlupa nak ambik, nampak tak aqu lapor tahap ape??* Aqu order kabsah lamb, laki aqu mandy lamb.. memang aqu tau laki aqu akan order tu sebab kalau letak aqu dengan kambing golek depan dia, konfem dia kojar kambing golek dulu..kenapa?? sebab kalau dia kejar aqu, aqu lari... tak pasal-pasal kena main polis polis kan.. jadi baik lah dia kejar kambing golek.hoho



Feeling sangat,hahahha mentang pi kedai arab, aqu bantai berjubah satu family, redha je anak-anak aqu..hahahha *bila laki aqu ambik gambar, memang sangat cantik -_-"
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

Kredit tak dak tak guna -_-"

As salam

Fuhh menunggu memang sesuatu yang sungguh menguji kesabaran, tapi kesabaran lagi teruji bila "harap je handphone mahai tapi kredit tak de".. arghhh tekanan sungguh! Lagi jadi tekanan bila orang keliling perhati je kita, macam la aqu nie menunggu kat kawasan zon merenung... aqu rasa tabiat orang malaysia nie kena ubah sikit, bukan semua la segelintir.. apa kata kalau nak pandang orang tu cuba la pakej kan sekali dengan senyuman, bukan apa...bila korang pandang tu kalau takat 2 3 saat kira ok la, nie merenung sampaikan orang yang ditenung tu rasa dia tersalah pakai baju terbalik ke, terlupa pakai seluar ke.. so bila korang pakejkan dengan senyuman, tak la rasa macam tengah berdepan singa lapar ye tak..

Berbalik pada kredit tak de tu, hohoi sungguh la... bukan aqu kodokut nak topup tapi nya kalau aqu topup, dia turus tolak charge internet bulanan aqu.. topup 10, tak sampai 2 saat tinggai 3 hinggit.. meleleh air mata aqu tengok..

Tapi part kita memang terdesak nak kol orang, tapi kredit tak de memang azab rasanya.. masa tu la nak marah kerajaan ape pasal telefon awam dah tak de..hahaha terasa syokn pulak bila teringat dulu zaman universiti bergayut dengan mak tengah-tengah malam kat telepon awam tu, pastu tertiba terdengar bunyi ala-ala orang berjalan ala -ala orang bercakap, padahal tak de sapa kat situ.. pastu terus cakap kat mak, "k la mak, orang banyak keje tak siap lagi nie...", padahal jantung time tu dia punya laju pam darah macam nak tercabut pedal dah..
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

1 penyumbang pandangan

Dah sampai masa..

As salam~

Aqu tengah menaip sambil menahan sejenis lendir yang mengalir dari hidung *nak kata aqu pengotor la tuhhh, alaaaa jangan nak konon-konon cun la.. korang tu kekadang muncul jugak perangai tak senonoh kan kan kan.. konon cover cun.. tui tui* bayang kan keadaan aqu.. dengan mata mengalahkan kena robek-robek, muka macam tak siap... haihhh hah betui..

Aqu memang agak susah nak dapat demam, memang dari kecik mak aqu selalu kata antibodi aqu kuat terlebih dari adik beradik yang lain.. kadang tu dalam setahun sekali je demam.. pernah masa kat sekolah dulu aqu dianugerahkan beberapa kali sebagai pelajar contoh kehadiran penuh untuk kedua-dua buah sekolah, maksudnya untuk sekolah kebangsaan dan agama.. cuma masa darjah 4 aqu bagi peluang kat orang lain dapat anugerah tu sebab aqu kena demam campak masa tu.. memang masa kecik dulu, bila aqu demam pun aqu nak pergi sekolah tapi bila mak tak bagi punya la aqu menangis tak ingat apa dah.. pernah juga sekali tu aqu demam, tapi aqu gagah jugak pegi sekolah, tapi sampai sekolah fuhhh muntah selambak -_- bila terlebih rajin tu jadinya menyusahkan cikgu ja... adik-adik jangan la buat camtu, rajin bior la jangan sampai menyusahkan orang, ampun cikgu.. pernah jugak sekali tu sampai ayah datang sekolah jemput aqu balik..hahhaha degil tahap gaban aqu dulu kalau part pegi sekolah, sekali pi klinik doktor boleh terkejut kata " macam mana awak pegi jugak sekolah, suhu 40° ni..) siap dia cakap suhu tahap tu ibarat nak meletop kepala. ye ke?? tah aqu da lupa.. sungguh la zaman kanak-kanak aqu seorang yang baik, awat la nie perangai tak senonoh je memanjang -_- memalukan sungguh

Tapi tu la aqu, memang susah nak dapat penyakit..tapi bila dah dapat sekali perhhh rupa mayat hidup pun ada..

Teringat pulak selalu kalau aqu demam ayah mesti suh mak buat sup, lagi satu mesti aqu minum air teh panas plus madu.. tu je cara aqu sihat, nak makan ubat memang pilihan terakhir.. Alhamdulillah suami macam tau-tau isi hati, pelik juga aqu mana dia tau aqu bila demam minum macam tuh..tah-tah arwah ayah aqu pecah rahsia.. sebijik ubat pun dia tak suruh aqu makan, jangan kata suruh makan ubat.. sebut perkataan ubat pun tak.hahahahaa

Sakit yang Allah diturunkan sebab nak bagi peluang untuk hapuskan dosa.. jadi pandai-pandai la :)
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

cerita GST - aku lebih fokus

Assalamualaikum

Mulanya nak cakap, rindunya lah zaman belajar!!! niat hati nak sambung study, tapi masa sangat-sangat tak mengizinkan jadi study sendiri-sendiri je la dulu.. memang zaman belajar syokkkk, korang sume kalau dapat peluang jangan la sia-sia kan.. jangan la dok bercinta sakan ke melepak sakan ke enjoy sakan ke.. sikit-sikit masih terkawal tu tak pe, janji jangan jatuh tersungkur tergolek berguling-guling dari landasan dah..kang dapat result tak cantikkk.

Aqu suka lari dari topik -_- jadi masuk topik balik ya...

Berkenaan GST, dah tak payah nak mogok-mogok suruh stop kan GST sebab aqu rasa macam tak membuahkan hasil selagi wujudnya insan yang boleh dibeli dengan duit :) lagipun kalau nak mogok tu buat la sebelum dilaksana, nie lepas di laksana memang tak kan dihiraukan la -_-

Ok terpesong sikit je lagi, berbalik pada cerita yang sebenar-benarnya... sebenarnya senjak wujud GST nie aqu dah jadi terikut-ikut perangai laki aqu yang suka mengkaji resit, kadang tu beza 1 sen pun dia boleh kesan.. dasat sungguh dia punya peka tu *peka ke berkira??? hahaha ok peka, sebab berniaga bior teluskan*. Jadi shopping beberapa hari lepas aqu yang menguruskan pembayaran semua sebab laki aqu sibok kendong anak, lepas pembayaran je nahhhhh aqu dapat kesan sesuatu...


Haaa tengok part watermelon tu.. macam mana timbang kiraan lain, harga lain tapi jumlah bayaran sama... aqu konfus la +_+ memang la tak rugi sesen pun kat sini, tapi konfus aqu tu masih tak hilang dengan benda ni... tolong sesapa memahami huraikan..

Tapi aqu memang nasihatkan korang please alert la sikit dengan pasaraya sebab memang wujud keadaan letak tanda harga lain, time bayar jadi lain kalau 2 3 sen boleh la buat tutup mata kat aqu, nie 2 3 hinggit.. wahhh gaya nak mintak anak pak zhar nie ketuk dengan kuali nampaknya..

So korang, alert okeh... tu hak kita, hak pengguna :)
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

2 penyumbang pandangan

bila ami rajin

Assalamualaikum

Tajuk entry tu bukan menunjukan aqu tak rajin *tapi aqu rajin ke??? hohoho*, erm mungkin tajuk yang lebih sesuai ialah "bila kami terlebih rajin", ye itu lebih sesuai.. *bila perasan melebihi tahap kewarasan*

So apa jadi...

Ini jadi nya...



BBQ time!! Nak tanya la tu mana jumpa klasik sangat tempat pemanggang tu kan??? ha... tak da juai dah zaman la nie.. klasik-klasikdia, dia lagi canggih tau... sebab dia ade tingkap kat bawah tu boleh bukak tutup untuk kawal api.. sonang la tak rentung hangus bila api tetiba mengamuk.. 

Tapi sangat muah muah loving you la hubby sebab semangat you melebihi i... you memang suami rajin..hikhikhik kiss satu~


ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

1 penyumbang pandangan

percutian yang ditaja :) TQ semua.

As salam!

Bercerita tetang rezeki, alhamdulillah Allah masih lebat menurunkan rezeki pada hambanya ini walaupun kadang kala aqu tahu aqu agak terlambat untuk memanjatkan terima kasih pada-Nya berbanding pada manusia..sedangkan aqu tahu datangnya semua rezeki tu kerana aturan Nya juga. *khilaf manusia yang lemah yang pasti akan berulang walaupun kita dah memohon ampun! lemahnya lah iman!*

So back to the story ya..
Thanks pada The everly hotel yang menaja percutian kami sekeluarga selama 3 hari 2 malam, plus Starbucks dan The coffee bean yang turut menaja lunch kami selama di sana... korang memang awesome!! Sangat berpuas hati dengan semua service yang diberi... terasa nafsu gajah sangat bila melantak dekat rm100+ sekali order -_- tolong jangan ikut tabiat tak senonoh aqu nie, harap akan datang aqu mampu berfikir waras sikit.. mentang-mentang free kan tu jadinya.

The everly hotel memang tiptop servis dia, pekerja yang tak pernah lokek dengan senyuman dari sekecil-kecil jawatan sampai yang besau, tak de beza peramahnya.. aqu suggest kat korang kalau hotel nie ade kat tempat korang nak bercuti..kalau nak cite pasal Starbucks dengan The coffee bean tu memang sure awesome la, aqu part makan semua awesome.. cumanya the coffee bean nye cawangan tak banyak, agak menyukarkan kami la.. tapi yang lain best..

nota rindu : kek diaorang sedappppp!!

gambar : sekali lagi lupa ambik, rugi gilaaaaa! yang ado nie je...



Teringat pulak kejadian anak aqu sepahkan bilik sebab makan tumpah-tumpah, aqu punya semangat nasihat anak aqu "jangan makan tumpah-tumpah nanti semut datang", laki aqu boleh selamber balas "larat pulak semut tu nakpanjat tingkat 14 nie". -_- sabor je la
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

Kepala bayi berkerak

As salam semua. Ok aqu nak bagi tips untuk mak pak yang buntu tengok kepala anak mereka berkerak-kerak..biasa nya keadaan ni jadi pada bayi yang berumur 2-6 bulan.. agak tertekan sebab tengok kepala anak jadi macam tu kan, lagi tambah kesian sebab diaorang gatal-gatal mengaru-garu... *aku bukan tengah cite pasal kerak nasi yang saja-saja ditepek atas kepala budak ok*.

So kepada ibubapa yang rungsing sangat dengan masalah tu, mehh aqu ada penyelesaian... dua-dua anak aqu menghadapi masalah tu, bak kata doktor tu memang normal sebab punca masalah tu adalah masalah hormon bayi tu, memang lama-lama dia akan hilang tapi ye la kita kesian kan dengan anak tu mengaru tak sudah jadinya tido pun tak lena..

Panjang benor mukadimah aqu bagi -_-  maaf. Ok pernah tengok minyak buah keras? Ya minyak ni minyak ni umum nya memang dikhas kan untuk melebatkan rambut *memang berkesan* tapi minyak ni juga memang berkesan juga hilangkan kerak atas kulit kepala bayi.. dah berpuluh minyak aqu cuba, 1 pun tak jumpa yang serasi dengan kulit anak aqu termasuk la minyak kelapa dara... fuhhh sungguh! Tapi Alhamdulillah minyak ni memang ok, kejap dah nampak kesan... and sekarang dah hilang pun :)

So korang boleh la cari ye... aqu tak juai, tapi kalau korang dah merata alam cari tak juga jumpa tp still nak try minyak ni, boleh la contact aqu tlg beli kan..tapi syaratnya korang usaha la cari dulu.. sebab nya aqu memang tak juai minyak nie, tapi kalau dah tak jumpa aqu tolong la mana patut nanti okehh. peace chak chak yo!




ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

"Lelaki Itu Untukku" - (status : available)

Assalamualaikum

*Ini entry jualan

Pernah tengok novel ni?


Harga asal : Rm27.90

Harga lepas ditolak GST sebab saya tak sokong + diskaun : RM19.00

Plus free novel "Adam & Hawa" ini..



Siapa yang berminat boleh contact 010-2157530. 
Harga pos dan kawasan COD boleh dibincangkan. :)



ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

pesta buku PWTC *sempat lagi

Assalamualaikum

Perhhhh memang rambang mata tengok semua buku yang ada kat pesta buku tu.. kalau diikut nafsu membeli memang satu bonet kereta pun belum tentu cukup nak diisi, kalau semua boleh dibeli pakai daun depan rumah nie, dah berguni-guni daun aqu sanggup angkut ke PWTC tu.. tapi dalam tahan-tahan nafsu nak beli tu, bertingkat tingkat juga buku dibeli..hahaha

So ape korang tunggu lagi, mohhh serbu PWTC tuh cepat yo...diskaun dia memang buat korang jerit woooooo murahhhhhh!!! caya la cakap diriku ini...

So korang tunggu hape lagi nie.... apo gambar kat pesta buku tu??? tak kan tak de??? memang tak de punnnnn... lupa cik kiah nak hambikkkkk... sawan dengan buku punya pasal sampai lupa terus ambik gambar.. sodeh i~

*nota senyum : buku apo yang aqu rembat bertingkat-tingkat tu biarlah rahsia.. janji aqu ajak korang ramai-ramai mohhh rajin membaca :) ilmu mencerminkan diri
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)