0 penyumbang pandangan

"ajaib" yang aku akui!

As salam!

Syukur dengan tiap rezeki yang datang.

Recall balik beberapa hari lepas. Ceritanya aqu ajak si suami pi kedai juai jam yang aqu dapat tu, market harga jam tu dekat Rm1000 lebih..tapi dukacita sangat bila orang kedai tu kata dia nak beli Rm250 je.. aqu pikir-pikir, ooooh mak tak kan harga tu kot, walaupun aqu tak suka simpan jam tapi kalau dah harga tu ang tawar memang tawar hati gua ler...ang berbisnes dan aqu juga orang bisnes jadi aqu jufa tahu selok belok bisnes.. kita nie meniaga jangan sampai aniaya orang, tak berkat nanti.. so aqu pun buat keputusan tak jadi la juai tak pe.. aqu kuar kedai tu dengan senyuman dan redha.

Tetiba ada sorang bro nie tegur, "em nak jual ke? harga berapa nak jual?". Bincang punya bincang, tak sampai 10 min pun dia dah setuju nak beli dengan harga kami tawarkan. Yup, rezeki tu tak kan ke mana..

ok belum habis cite ye.

Sebenarnya aqu nak juai 2 utas jam *perhhh utas ok perkataan aqu guna*, bro tadi beli satu je.. yang lebih awesome bila bro tu tetiba nak bagi stroller free untuk anak aqu... walaupun kat umah memang dah ada stroller, tapi bro tu bagi tanpa bagi peluang untuk aqu tolak..jadi memang syukur! Bayangkan, berlipat ganda adu dapat bila sesuatu tu kita berurusan secara ikhlas dan redha!

So, kat aqu ada seutas lagi jam. Kami pun pergi la ke kereta... sampai je kat kereta, entah dari mana datang kelibat lelaki agak tua minta kat kami RM9 ingit tak silap aqu, kata nya nak buat tambang. Aqu pandang muka laki aqu.. bukan aqu kedekut, cuma aqu dah terkena dekat bape kali kes nie.. bila dia mintak kat aqu, pastu tak jauh tu dia mintak kat orang lain pulak.. memang kayo la camtu kan. Tapi laki aqu cakap kat aqu, " bagi la pakcik tu, dia nak buat tambang..kalau dia tipu pun kita tak rugi pape..duit nie pun dari bro tadi tu". Hati aqu tergerak akui apa laki aqu cakap.. aqu panggil balik pakcik tu, minta maaf pada dia dan ucapkan selamat hari raya. *tetiba teringat iklan hari raya kat tv, macam serupa.hahahha*. Syukur aqu dapat suami yang sentiasa ada menjadi penasihat terbaik..

Tapi, tak sampai pun 20 saat aqu masuk kereta, tetiba isteri pada bro yang beli jam tadi datang ketuk cermin keta kami.. "erkk nak beli juga lah jam lagi satu tu". Dia terus bagi duit, tanpa tengok pun keadaan jam tu ok ke tidak ke. Percaya sungguh dia kat aqu, syukur memang sangat syukur kerana Allah buka kepercayaan dari hambanya itu untuk diri ni... luas rezeki Allah buka untuk aqu hari tu.

Tiba-tiba suami cakap "mana pakcik tadi, dah hilang terus". Aqu tercari-cari juga mana pakcik tu..padahal jalan kat situ lurua je.. tak kan jelmaan malaikat nak menguji rezeki yang Allah turunkan untuk kami? siapa tau kan..tapi mungkin juga pakcik tu saja-saja acah-acah nyorok tepi keta-keta kat situ kan..mana lah tau kan, tapi aqu saja jawab kat laki aqu "tah-tah pakcik tu dok rehat kat tepi jalan tu la"..padahal mata aqu melilau cari kelibat pakcik tu, memang tak nampak langsung! Sekali suami bersuara lagi, "tengok, kita bagi pakcik tu sikit je..tapi Allah pulangkan berganda-ganda lagi". Yup setuju!

Betul tu, sedekah tu menyucikan harta yang kita ada, dan ia juga jalan untuk mengandakan harta.. itu hakikat, tinggal kita nak yakin atau tak je.. :)

nota hai hai : ahli baru ohhh ahli baru ;)



ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

random print screen yang 'bermakna'

As salam!

Hola guys... hoh entry raya tak sempat nak tulis jadi nie kira entry untuk raya la ye.. makanya aqu nak selit-selitkan ucapan selamat hari raya mohon maaf zahir batin.. bak kata anak aqu, 'song-song' la ye..

Ok disebab malas nak menulis panjang jadi aqu print screen je la untuk memendekan lagi memudahkan aqu dari bebel panjang-panjang tersimpang hala tujuan.hihi

->

->

->
Jangan sesuka hati doraemon anda menilai manusia. Sebaik-baik pemakaian anda, belum menjanjikan anda sudah hebat dengan agama. Jangan lupa bahawa Tuhan akan memberikan hidayah pada bila-bila masa untuk sesiapa sahaja yang Dia kehendaki.

sekian.


ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

Western dinner with hubby

As salam!

Senjak-senjak kawen, aqu dah terjebak kan laki aqu dengan sushi sampai kan sekarang aqu lak naik hilang arah bila jumpa kedai sushi sebab terpaksa pikir cara mengelak dari bertembung dengan kedai tu.. sebab kalau tak laki aqu boleh mengila beli sushi.hahaha Dulu, sebelum kawen, perangai tu memang kat aqu..memang perangai tak sodar orang Malaysia sungguh..tapi bila dah kawen, tah kenapa sushi tu dah jadi biasa sangat, sampaikan kadang-kadang nak telan sebijik pun dah maleh...

Tapi la nie, ada satu perangai laki aqu sangkut kat aqu pulak. -_- apa dia?? Ya tu western iliano casiano... pantang menu western, mula la aqu dengan semangat wajarnya tetiba perut lapar time tu jugak. Hohoho sungguh la.. dan sekarang dah terjebak sikit dengan si ikan salmon.

Malam tadi, pukul 12 tengah malam aqu bantai hidangan nie dengan laki aqu..



Ha masak sendiri je la.. tak de nye aqu gagah nak menapak pulak ke kedai tengah-tengah malam kan..lagi pun, kalau menu ala-ala western nie serah je kat laki aqu, dia memang cukup awesome memasak part tu.. 

Akhirnya aqu nak kata, aqu jatuh cinta dengannya...erk, dengan si salmon tu ya. Kalau dengan laki aqu, bukan takat jatuh cinta jatuh jiwa sekali.lalalallala ;p

Paling akhir, terima kasih sayang layan wife you yang suka makan nie..hahhaha 

#lasagnalakiaqubuatsedap
#aqusukamakan
#aqumakankaujanganpanas

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

"touchlight" sikap yang perlu diubah

As salam.

Apa kena mengena touchlight dengan sikap? Apa touchlight yang kaku itu memiliki satu sikap yang mengjengkelkan?

Ok, sila imagine touchlight.. atau susah sangat pi ja ambik touchlight tu, senang sikit nak terang..maklum la bukan semua orang mempunyai daya imaginasi...••••°°•••• bak kata spongebob.

Normalnya orang akan guna touchlight dengan menghalakan lampunya ke depan, jarang sangat aqu jumpa orang guna tochlight halakan lampu ke belakang ke atas ke.. paling tidak pun segelintir la yang suka buat lawak lapuk suluh muka sendiri tengah-tengah gelap, kononnya 'muka hantu' menjelma ;p

Dalam isu ini *cehhh isu sangat*, cara mengunakan touchlight itu aqu umpamakannya dengan sikap. #hidupkenapandaimainkiasan

Jadi tengok cara guna touchlight, halakan ke depan tanpa sikit pun terfikir untuk suluh diri sendiri, sudahnya keadaan diri sendiri gelap, keadaan sekeliling terang. Tu namanya apa? tu namanya sibuk nak perati orang lain punya pasai, tapi keadaan diri sendiri pun tak terjaga.

Makanya, dalam hidup nie kenalah pandai guna 'pelita' ka 'lilin' ka yo.. sekian.

#kalautakfahamtakpe
#apamasalahkau
#kaumemangadamasalah
#kausukacarimasalah
#masalahsukadatangkatkau
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

"siapa nak jaga awak"

As salam!

Pagi semalam sebelum subuh lagi aqu dikejutkan dengan berita pakcik sedara meninggal, innalillah... tapi untungnya dia meninggal bulan Ramadan!

Betul lah bahawa, bila kita pergi ziarah orang meninggal, sebenarnya salah satu kebaikannya adalah untuk memberi keinsafan pada mereka yang masih hidup.

Berbalik pada cerita aqu tadi, maka aqu angkut la anak dengan laki aqu sume pergi menziarahi ke rumah pak sedara aqu tu.. mujur juga tak jauh, sebelum subuh kami dah sampai.

Yup bila melihat sekujur tubuh yang dah di kapan kan, teringat aqu pada seseorang... yup, seseorang yang telah pergi yang mana saat pemergiannya menunjukan betapa aqu rapuh tanpa dia di sisi! *Ana sayang ayah!*

"nanti saya mati, siapa nak jaga awak". Sepintas lalu ayat tu lalu ditelinga aqu. Kata-kata arwah pakcik aqu pada makcik aqu sebelum dia pergi. Allah! Ayat macam tu lagi... utuhnya kasih mereka.

Seingat aqu, sekali lagi aqu pernah tahu ayat itu adalah dari arwah Nik Aziz untuk isterinya. Cerita isterinya, Nik aziz pernah cakap ayat sebegitu sebelum ajal. Sungguh, terkesannya aqu mendengar ayat tu.. kagum dengan kasih sayang mereka. Betapa mereka saling sayang menyayang..

#tagsayadalamhatiawak

love you sayang,
your wife.
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

Lodeh ke Lontong ka sama ja. sarawak mari.

As salam.

Ok maybe ada yang garu kepala apa tu lodeh??? adakah seluar yang akan terlucut dari pinggang kerana terlalu besar saiz nya??? tidak! yang itu londeh! ini LODEH!

Lodeh atau lontong, sama ja sebenarnya.. yang membezakannya adalah negeri masing-masing, maka gelaran masing-masing. Lodeh ni biasanyaa di guna orang negeri 9, jadi kalau ada korang dengar orang cakap kuah lodeh tu jangan la buat muka blur tak bertempat kan, buat-buat paham dah.

Aqu memang peminat setia kuah lodeh nie, tapi aqu tak kan makan kalau tak ada kuah kacang sekali... laki aqu pun memang minat, tapi yang tak boleh tahan dia suh buh tempe banyak-banyak, sampai kadang konfus nie kuah lodeh ke atau masak lemak tempe . -_-

Berbalik pada yang sarawak tu, semalam laki den balik bawak ini...



Laki aqu kata, bubur sarawak... tapi bila aqu rasa, aqu pikir-pikir laki aqu mungkin terkenang-kenang bubur lambuk sampai fia kata nie bubur sarawak, sebab aqu rasa dia tak mungkin bubur sebab begitu banyak isi-isian di dalam nya.. jadi dengan mudah nya aqu namakan dia kuah lontong versi sarawak..entah betul entah tak, aqu pun tak tau..yang aqu tau sodapppppppp! serius sedapppp! i loike!

Dan melihat pada isian dan rasa dia yang unik, memang agakkkkk laaaaa pikir-pikir kalau nak buat sendiri.hahahah maklum la i malas.lalallala

Tapi rasanya memang ada ura-ura bubur lambuk, cuma dia punya meriah memang awesome amat! Tak kisah la hubur ke lontong ke kuah campur ke, janji sodap. Raya nie aqu nak raya rumah kau, jangan tak bukak pintu pulak konon-konon macam tak da kat rumah...sebab memang tiap taun raya situ kan kan kan????

p/s : ros.hahahhahah ;) jangan marah. sekian.
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

perang rakyat dan kerajaan, bila kesudahan?

As salam.

Fuhhh tiap hari ada je kenyataan menteri / wakil kerajaan yang akan membuatkan rakyat makin mengeluh.. sampaikan ada yang kata "macam manalah diaorang ni boleh jadi menteri" dan lebih teruk lagi ada yang kata "nak jadi menteri sekarang senang je, tak payah kelulusan tinggi asal jadi pengampu hebat cukup".

Semakin kusut rasanya apa yang sedang berlaku di malaysia, walau hakikatnya nampak aman tapi terselindung di sebaliknya ada "perang dingin" antara rakyat dan kerajaan. Kerana apa? kerana raykat hanya mampu bersuara di laman-laman sosial, kalau Dr.Mahathir pun dipertikaikan pandangannya ini pula rakyat yang sekadar mampu meluahkan kata-kata di laman-laman sosial.

Apa yang dapat di lihat kini, walau sepatah status yang di update si "orang" kerajaan, hampir 90% dari comment memaki nya.. begitukah hubungan baik antara rakyat dan kerajaan? Ya rakyat hanya tahu bising bila menaik kan harga minyak, menaik kan harga itu dan ini..tapi bila di beri BR1M ada rakyat memuji? Memang tiada, kerana rakyat mampu berfikir bahawa rm900 yang diberi rm9000 dikaut kembali.

Bukan kerana masalah tidak bersyukur. Apa adakah kita melontarkan pandangan mengapa harga minyak selalu naik itu tidak bersyukur namanya? Apakah jika kita merasai tol terlalu tinggi itu tidak bersyukur? Jangan jadi bodoh tak bertempat, jangan gunakan modal "syukur" itu sebagai alasan supaya rakyat perlu menerima setiap apa yang dibebankan. Kerana jika ingin dilihat tentang bersyukur, apa sekalipun yang berlaku di atas dunia ini kita perlu bersyukur sebab masih boleh bernafas! Jadi adakah wajar diberi alasan jika dinaikan harga minyak rm10/liter rakyat patutnya perlu belajar bersyukur juga kerana walaupun harga minyak naik setinggi itu, korang masih boleh bernafas? begitu?

Rakyat, bangkit! Jangan biar kita dibeli dengan duit yang nikmatnya sementara..fikirkan... tak faham? Percaya atau tidak, pilihan raya nanti pasti banyak duit yang akan ditaburkan..


ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

Lelong ICE watch murahhhh ;)

As salam!!

Holla... entry nie pasai nak juai jam tangan jenama ICE watch ye...sapa berminat boleh mesej laju-laju kat i yo!



Ok, untuk yang atas ni, RM168. Harga pasaran dia dekat RM399. Yang ni of course ori.. I tak juai tiruan-tiruan la yo.. kalau tak pecaya, ado surat beranak dia sume i bagi ye..

Next :



Ok, yang ni pula i juai RM 480. Harga pasaran dekat RM799. Macam biasa ori. Yang ni siap ada batu double line ye..

So sapa cepat dia dapat, serius buyer only!
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

:) hati oh hati ada senyum

As salam!

Mulanya amat la terujanya la bila dapat khabar gumbira dibagi tahu "cik, cik dapat tajaan untuk berbuka puasa di Bangi Golf Resort untuk dua orang". Wallah rezeki datang menjenguk nie... *cik??? wahhh raso ala-ala perasan cantik bila dah kawen orang panggil camtu.hahahha

Semangat la I call hubby, sekali katanya "tak boleh sayang, I keje...". What???? sayu hatiku berirama you! Al maklum selalu dapat jawapan "ha ok sayang, jom", tetiba dapat jawapan gitu, terkeluar muka hamster merajuk aqu.hahhahahaa

Ye la... Bangi Golf Resort, satu tempat yang memang syokkk mewah plus ada iringan muzik dari band-band, hidangan dekat 200 menu..yang paling best kambing golek!!! huwaaa menangis mengenangkan kambing golekkkkk. *ok, ni bukan isu membazir, pertamanya sebab percuma..keduanya sebab memang banyak hidangan tapi jangan la kau melantak macam perangai syaiton.sekian.*

Tapi entah kenapa, memang hati ada rasa kecewa tu..tapi aqu dapat rasakan ketenangan. Entah juga, mungkin ini sebenarnya rasa bila benar-benar redha. Tak ada rezeki aqu, tak pe la... esok lusa datang yang lain, Insya Allah. Masaloh sekarang nak cari orang replace tempat aqu dengan hubby, ye la rugi la bior kosong je... please otak, jangan berlegarkan ramai sangat nama dalam kepala, susah pulak nak pilih -_-
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

harga minyak naik? mungkin nak jaga alam

As salam!

Fuhhhh kaya sungguh rakyat malaysia, tiap-tiap bulan naik harga minyak... memang kalau tak kaya juga kerajaan, tak tau la apo den nak kabor... haiihhh nak menangis raso, tapi kang cakap lebih-lebih ado menteri suruh duk neraga lain, payah la pulakkk...

Di sebabkan bulan ramadan, korang kata cer pikir positif sikit...asyik nak salahkan kerajaan je!

Baik! *aqu cer jadi positip ye*

Kerajaan sedang berusaha membantu negara Malaysia jadi negara yang bebas pencemaran udara! Korang nak bising-bising apo de hal, basikal ade dohhh... tak pu tu ha si kasut roda 8 tu kan ado... ape nak di kecoh kan.. cer bayang cer bayang, ramai-ramai pi koje pakai kasut roda tu...agak-agak ramai tak tersungkur jatuh, terbelit-belit??? ha kalau ade yang tersungkur tu jangan lupa tolong, sebab aqu mungkin tergolong dalam kelompok tu.hahhahaha

So mari sokong kerajaan untuk jadikan Malaysia negara bebas pencemaran udara! Go Go Go goooooooo....haihhhh -_-
*penat juga nak pikir idea jadi hipokrit nie

nota cadangan : takat naik 20sen, sok konfem jem jugak la pak jib.... pe kata nak 50sen, baru kosong jalan raya...
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)