1 penyumbang pandangan

hadiah dari hubby! :D

As salam!

selamat ulangtahun kelahiran untuk aqu!! * * ha nampak kena ucap kat diri sendiri..apa makna tu.hahaha*

Bangun pepagi lepas solat je ternampak kotak kat tepi tempat aqu selalu letak barang, aqu pun punya la pikir kotak apa pulak tu...maklum la, aqu kalau ado benda bergerak sikit aqu susun memang aqu perasan.. punya la aqu pikir tak teringat aqu kotak pe, last-last malas aqu pikir sangat jadi aqu anggap mungkin tu kotak adiah dari mana-mana aqu penah dapat dulu, dah bukak dan aqu balut balik.ha nampak aqu punya kesimpulan mudah pepagi mamai-mamai tu..kalau orang letak bom, memang dah arwah la aqu.hihihi

Sekali laki aqu buat surprise daaa.. kelakar pulak tengok dia malu-malu ucap kat aqu.. laki aqu kalau drama-drama macam nie memang nampak la dia punya sweet malu-malu gitu.hahaha I pun malu-malu jadi.lalala I tak terpikir pun laki i nak beli kan adiah...ingat rupanye dia beday aqu...wah wah wah rasa macam nak jerit kuat-kuat you yang laki i ingat beday i!! memang la bukan laki i sorang ingat beday isteri, yup betul... tapi i rasa i antara yang bertuah!

Mesti ado la nak kata, beday je kot... ok, tunggu satu hari nanti bila orang yang ko sayang lupa hari istimewa korang tu..hari yang sentiasa menjadi hari yang paling di tunggu masa zaman kanak-kanak..korang tau la rasa keciwa tu camne.  Bagi aqu cukup indah bila sesuatu yang mengembirakan di zaman kanak-kanak, turut menjadi sesuatu yang indah juga di sepanjang hayat aqu.

:D  terima kasih tuhan, terima kasih hubby!


**kenapa aqu rasa tergedik di entry ini.hahahha
**mesti laki aqu suruh orang opis dia balut, sebab membalut hadiah adalah perkara paling 'berjaya' laki aqu musnahkan.hahahah

ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

sila tagih kasih sayang seorang ayah


As salam!

Haih panjang kemain aqu nye tajuk entry, tu ja yang terlintas jadi tulis je la maleh nak pikir dah.hihi

Tengok tajuk macam orang tak cukup kasih sayang kan, tapi tak sebenarnya.. tak rugi untuk kita tagih kasih sayang seorang ayah.. ayah tu satu dalam dunia nie, tak de siapa boleh ganti ayah kita..ya mungkin walaupun satu hari nanti kita boleh jumpa orang yang lebih baik dari ayah kita tapi sedar lah bahawa seorang ayah itu pertaliannya dengan anak kandung lebih erat. Allah ciptakan pertalian seorang ayah untuk anak-anaknya begitu kuat kerana itu wujudnya berkat ibubapa, doa ibubapa yang begitu tinggi darjatnya Allah angkat.

Ha sila jujur sapa dia punya blog link ayah dia tau??? ke link blog tu bopren je tau..ke ke public tau tapi ayah ko sorang tak tau... ha cepat-cepat tepuk dada tenangkan sesak napas! tak payah cuba-cuba bagi alasan, ayah saya tu tak reti sangat link-link blog-blog sume nie..

Haloooo kau jangan la selalu sangat memandang ayah korang tu sempit teknologi dia.. walaupun dia tak tau teknologi, aqu sangat yakin satu hari nanti bila dia cuba untuk memahami anak dia, dia akan tergerak hati juga nak cari cara macam mana nak bukak blog korang tu.. aku yakin tu!


Segan nak bagi tau??? dah tu kalau segan nak bagi tau, maka tak payah la luah kat yang ayah tak faham...tak yah nak kata ayah tak faham jiwa orang muda..apa ayah kau tu tiba-tiba tua tak penah muda?? tak payah la rasa macam ayah korang tu terlalu jauh nak paham isi hati korang kalau korang sendiri segan nak bagitau. Aqu rasa blog nie bleh jadi salah satu medium untuk korang dan ayah korang saling memahami..kalau dah segan nak cakap tulis je.. tapi jangan pulak jadi hipokrito menulis dalam blog tu, tulis la macam biasa korang meluah ke mencerita ke anggap ke yang korang menulis untuk meluah atau berpendapat..

So sapa berani sahut cabaran aqu??? try la buat, korang tak rugi pape malah untung :)


ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

Deep.

As salam!


Nota pemalas : hari nak feeling dengan lagu
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

bila manusia tak tahu "harga" masa

As salam!

Sungguh, aqu memang tak suka tahap benci bila manusia tak reti tepati waktu..kalau seminit dua ok la, nie sejam dua...

Peringatan untuk semua termasuk diri ini, kalau anda tak reti untuk tepati masa, maka jangan berjanji. Kalau anda tak tahu hargai masa anda, jangan buang masa orang lain juga. Kalau anda rasa masa anda terlalu banyak sangat, maka jangan buat masa orang lain macam sampah. Atas dunia nie, masa tu satu, dan setiap dari orang mempunyai masanya yang tersendiri..yang membezakan setiap masa itu adalah macam mana setiap dari kita kendali masa tu..tapi kalau kau dah berjanji melibatkan masa orang lain, maka rajin-rajin tepati dan jangan rasa langsung tak bersalah bila anda buat orang menunggu anda.

nota kalau tak dikurniakan hati : orang lain pun ada perasaan dan mood. Kalau kau sendiri pun kadang-kadang hilang mood nak buat sesuatu tu..inikan pulak kau dah hilangkan mood orang, lepastu dengan rasa tak bersalah ajak pegi. #apatakretimintamaaf?
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)

0 penyumbang pandangan

maaf yang sekadar di mulut

As salam.

Bertentang arah, terus berjalan kedepan, makin hampir bertembung, mata bersapa, bibir kaku dengan senyuman, jalan bersebelahan, dan 'bertembung pulak dah' hati berbisik.

Alahai hati, apo la kau nie dengki sangat aqu nak jadi baik..aritu kau janji kau nak redha kan kan kan..lagipun rezeki tu luas kan, satu terlepas banyak lagi dapat.. relax la hati oiii..ko nak emosi lebih apedehal..

nota satu hari : sebagai manusia, nak bagi markah untuk sesuatu tu kadang-kadang mampu dipertimbang dengan akal, tapi kadang-kadanh dipengaruhi emosi.. susah nak adil, tapi kita cuba!

nota hakikat : markah untuk setiap ujian/pengajian memang lah bukan pengukur kepandaian/kebodohan seseorang tu dalam hidup atas dunia nie.. tapi perlu tahu hidup diatas dunia di era kini banyak diukur dengan keputusan itu.

nota lagi satu : baca satu persatu kertas kajian, melihatkan kepelbagaian pemikiran pelajar-pelajar sekarang dalam mengulas sesuatu.. *kebetulan lagi aiihhh #CognitiveScienceAndArtificalThinking
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)