0 penyumbang pandangan

tolong doakan dia. Amin.

Assalamualaikum

Agak lama tak menulis, erk bukan...sebab hakikatnya hari-hari aqu menulis...cuma bezanya diatas kertas dan di keyboard. Hari-hari membaca pelbagai fakta penulisan, olahan, dan memacam lagi yang di tulis menjadikan aqu menulis blog pun dah macam nak skema je bunyi. Apa aqu tulis pun aqu pening -.-" haish

Tak pe la berbalik pada topik aqu. Doakan dia.

Aqu ada kenalan ni, dia bukan sepupu, tapi dia ibarat sepupu rapat kami...bila berbual, tak rasa jurang tu. Boleh ketawa, melawak kasar mana pun. Aqu tak pernah tengok dia marah, ketawa melawak tak benti. Tapi sapa sangka... baru je malam tu  baca WhatsApp group family, dia melawak macam biasa...tolong orang beli barang itu dan ini... tapi tetiba petang esoknya dia dah terlantar atas katil, koma. Allah. Sebenarnya aqu tak kuat nak tulis semua ni, tapi aqu cuba gagah kan jugak walaupun air mata nie dah menitik satu-satu makin lama makin laju. Hakikat yang lebih dalam lagi, aqu sebenarnya tak mampu pun nak berdepan tengok keadaan dia macam tu...perit rasa.

Tapi apa yang aqu percaya, dia kuat. Yup, yang tu aqu yakin. Dan aqu tak tahu macam mana rindunya anak dia yang usia tak sampai setahun tu pada ibu dia.

Siapa sangka kan, sesuatu ketentuan tu datang tanpa sempat menunggu walau sesaat. Jadi sentiasa ingat kan diri, sentiasa hargai mereka yang dihadapan kita..sebab walaupun harini dia ada ketawa dengan kita, belum tentu bangun esok pagi kita masih dapat tengok senyuman dia.

Aqu mohon, doakan lah agar diberi kekuatan bagi dia untuk berjuang melawan sakit tu.. setidak-tidaknya walaupun bukat untuk diri dia, biar lah untuk anak dia. Amin.
ringankan tangan, sudikan diri tekan "LIKE" ;)